Lima Pemain, Dua Persatuan Kena Denda

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 3:16 PM

Fakhrurazi Musa (kanan) turut didenda gantung tiga perlawanan dan RM3,000 oleh FAM.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lima pemain Liga Malaysia dijatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan berkaitan dengan kesalahan Kod Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut kenyataan, hukuman tersebut dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Baljit Singh Sindhu pada Khamis.

Lima pemain yang dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan adalah pemain T-Team, Fakhrurazi Musa dengan kesalahan yang menyinggung dan 'fair play' apabila mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan.

Kelakuan tersebut berlaku ketika aksi Liga Super bertemu Perak pada 8 April lalu.

Turut dikenakan hukuman adalah pemain Pulau Pinang Mafry Balang yang  berkelakuan ganas menendang bahagian paha pemain Felda United, Gaston Cellerino 9 April lalu.

Pemain Sabah, Dendy Lowa yang  dilayangkan kad merah kerana berkelakuan ganas memijak bahagian perut pemain Terengganu, Issey Farran Nakajima turut dijatuhkan denda tiga aksi dalam perlawanan Liga Premier.

Ketiga-tiga pemain tersebut turut dikenakan denda sebanyak RM3,000 serta diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.

Manakala dua lagi  yang dijatuhkan hukuman dan denda sebenyak RM1,000 adalah pemain Piala Presiden dari pasukan UiTM FC, Mohd Zulkiffli Zakaria dan Muhammad Fakrul Wahib (Terengganu).

Sementara itu, Pasukan Piala FAM 2016, Persatuan Bolasepak Ipoh dan DYS FC masing-masing didenda sebanyak RM1,500 bagi setiap kes iaitu jumlah keseluruhannya RM6,000 (4 kes) serta diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika gagal atau lalai mematuhi tempoh yang diberikan.

Persatuan Bolasepak Ipoh tidak menjelaskan gaji tertunggak empat bekas pemainnya iaitu Muhammad Ammar Abd Aziz, Sirajuddin Isa, Muhamad Hasnan Mat Isa dan Muhammad Azwan Jatin dalam tempoh yang ditetapkan selepas diarahkan untuk berbuat demikian oleh Jawatankuasa Status FAM yang bermesyuarat pada 23 Disember 2016.

Begitu juga CYS FC yang masih belum menjelaskan gaji kepada empat bekas pemainnya, Razid Gafar, Mohd June Azrul Lalah, Zainizam Marjan dan Mohd Reithuddin Ag Emran.

Tags / Kata Kunci: FAM , Denda , Gantung

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan