Kafa Sangkal Dakwaan Azraai Berkaitan Tunggakan Gaji

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 4:56 PM

Jurulatih Mohd Azraai Khor (kiri) ketika bersama pasukan Kelantan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyangkal dakwaan bekas jurulatih skuad negeri itu, Mohd Azraai Khor Abdullah berkaitan kegagalan melunaskan baki tunggakan gaji ketika bersama pasukan tersebut pada 2015.

Setiausaha Agung Kafa Datuk Ismail Md Noor berkata KAFA sebelum ini telah memutuskan untuk memberi wang saguhati sebanyak RM20,000 kepada Mohd Azraai walaupun jurulatih tersebut meletak jawatan tanpa sebarang notis.

“Sebenarnya beliau yang meninggalkan hutang dengan Kafa apabila meletak jawatan tanpa sebarang notis setelah kekalahan demi kekalahan TRW (The Red Warriors) semasa di bawah kendaliannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Pada Rabu, bekas jurulatih Kelantan itu membuat dakwaan itu dengan memuat naik di laman Facebook Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLPP) dengan menyebut KAFA masih belum menyelesaikan tunggakan gajinya dari 2015.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Kafa , Azraai Khor Abdullah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan