Pilih Jurulatih Bukan Seperti Beli Buku - Hamidin

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 7:26 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap semua peminat bola sepak tempatan agar bersabar dan jangan cepat melenting untuk melihat siapa jurulatih kebangsaan yang kini masih dalam pencarian.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, FAM perlu betul-betul teliti untuk memilih siapa jurulatih yang boleh memikul tugas untuk mengendalikan Harimau Malaya dalam jangka masa yang panjang.

"Presiden yang ada sekarang ini sedang menguruskan organisasi yang diambil dari pengurusan yang lama. Di mana dana yang berbaki sedia ada hanya sedikit sahaja ditinggalkan.

"Jika hendak memilih jurulatih, bukan sahaja kita perlu cari jurulatih yang mempunyai latar belakang yang bagus tetapi juga yang boleh terima tawaran daripada kita.

"Perlu dimaklumkan bahawa tawaran kita tidaklah begitu tinggi kerana FAM tidak berduit. Namun begitu, ramai tidak tahu bahawa Tunku Presiden (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) menggunakan duit beliau sendiri untuk menambah bajet tersebut bagi melantik dan mendapatkan jurulatih yang lebih berkaliber," jelasnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Hamidin , buat masa ini sudah ada satu calon daripada Portugal, dan seorang lagi calon akan berjumpa dengan Tunku Presiden beberapa hari lagi.

Tambahnya, Tunku Ismail juga tidak mahu bercakap banyak kepada pihak media kerana perkara ini masih dirahsiakan dan hanya boleh kongsikan dengan pihak media selepas perkara ini telah disahkan

"Memilih jurulatih ini bukan seperti membeli buku, yang boleh main ambil sahaja.

"Sekiranya jurulatih tidak bagus dan suatu hari kita mahu buang, kita akan kena bayar lebih lagi," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: FAM , Hamidin Mohd Amin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan