"Saya Mahu Peminat Sedih Apabila Saya Bersara" - Buffon

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 7:27 AM

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol Gianluigi Buffon berkata dia sentiasa cuba untuk memperbaiki kelemahannya selepas membantu Juventus mengatasi Monaco 2-0 pada aksi pertama separuh akhir Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

Buffon melakukan beberapa penyelamatan penting di Monaco sekali gus melebarkan rekod tanpa bolos pasukan itu di pentas Eropah kepada 621 minit.

"Objektif saya sentiasa membuktikan saya layak berada di sini dan untuk menamatkan karier saya dalam keadaan di mana peminat berkata mereka sedih melihat saya bersara.

"Saya tidak tahu jika saya dapat mencapai objektif itu tetapi beraksi dalam pasukan seperti ini ia tidak mustahil ia akan berlaku.

"Pasukan beraksi dengan baik, pendekatan yang memerlukan kita menang di Monaco dan melebarkan rekod bersih. Jika anda tidak mempunyai kekuatan dan kualiti untuk menyerang, ia akan menjadi lebih rumit.

"Seperti yang kita katakan selepas Barcelona, sasaran adalah untuk menjadi lebih baik, oleh itu kami bekerja dan berlatih bersungguh-sungguh. Oleh kerana tidak banyak masa yang tinggal, kita perlu menggunakan masa yang ada untuk melangkah ke hadapan," kata Buffon.

Ditanya mengenai peluang dia boleh memenangi anugerah Ballon d'Or dalam salah satu kempen terakhirnya sebelum menggantung but, Buffon berkata;"Ia bukan sesuatu yang saya fikirkan. Saya menghabiskan tenaga dengan begitu banyak untuk kekal cergas dan beraksi dengan baik pada perlawanan ini untuk digunakan bersama rakan pasukan."

"Beraksi dengan pasukan yang hebat turut membantu saya. Apabila anda berkongsi kegembiraan dengan rakan pasukan, mempunyai keluarga dan raka-rakan yang gembira untuk anda, dan membenarkan anda gembira bersama mereka, ia adalah kepuasan terbaik."

Tags / Kata Kunci: Gianluigi Buffon , Juventus

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan