PFAM Sokong Pemotongan Mata

Diterbitkan: Rabu, 3 Mei 2017 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM) menyambut baik pelaksanaan hukuman pemotongan mata oleh Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) yang dikenakan terhadap empat pasukan Liga Malaysia (Liga-M).

Presiden PFAM, Hairuddin Omar (gambar) dalam kenyataan pada Rabu, menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan hukuman berkenaan yang disifatkan semakin sinonim dalam kalangan pasukan Liga-M.

Menurut beliau, hukuman tersebut bakal menjadi pengajaran terhadap semua pasukan yang bertanding kerana kegagalan dalam menguruskan gaji pemain adalah merupakan satu kesalahan yang dipandang serius."Isu tunggakan gaji merupakan isu yang sering berlaku dalam kancah bola sepak tempatan.

Kegagalan pasukan dalam menguruskan gaji pemain adalah merupakan satu kesalahan yang serius dan berat.

"PFAM percaya, menerusi tindakan pemotongan mata dan ‘transfer ban’ ini dapat menjadi satu pengajaran kepada pasukan yang dikenakan tindakan dan juga menjadi peringatan kepada pasukan lain," katanya.

Dua pasukan Liga Super - Kelantan dan T-Team antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata berkuat kuasa serta merta ekoran kegagalan melengkapkan pengesahan penyertaan pertandingan liga berkenaan yang berakhir pada Disember 2016.

Sementara dua pasukan Liga Perdana, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  turut menerima nasib yang sama selepas gagal menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh ditetapkan.

Dalam pada itu, PFAM menggesa supaya pasukan yang dikenakan hukuman berkenaan untuk segera menyelesaikan tunggakan gaji tersebut  bagi memastikan integriti industri bola sepak tempatan terpelihara menerusi kebajikan para pemain yang tidak diabaikan.

Tags / Kata Kunci: PFAM , FMLLP , Potong mata

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan