Empat Pasukan Dipotong Mata Boleh Buat Rayuan - Hamidin

Diterbitkan: Rabu, 3 Mei 2017 7:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang dikenakan hukuman potong enam mata selepas gagal melunaskan tunggakan gaji pemain serta hukuman larangan perpindahan pemain boleh mengemukakan rayuan kepada sekretariat Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata walaupun pihaknya menyokong keputusan diambil FMLLP, badan induk berkenaan melihat pasukan terlibat boleh mengemukakan rayuan demi kebajikan pemain pasukan masing-masing serta kemajuan Liga-M untuk jangka masa panjang.

FMLLP merupakan pentadbir Liga-M.

"Kebenaran untuk membuat rayuan ini juga sebenarnya telah pun dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam sewaktu sidang media yang dijalankan semalam (Selasa),” kata Hamidin dalam kenyataan.

Kevin pada sidang media tersebut mengumumkan empat pasukan Liga-M iaitu dua pasukan Liga Super; Kelantan dan T-Team serta dua pasukan Liga Perdana; Angkatan Tentera Malaysia dan Perlis dipotong enam mata berkuat kuasa serta merta.

Menurut Kevin,  keputusan itu diambil setelah keempat-empat pasukan berkenaan gagal melengkapkan pengesahan penyertaan pertandingan Liga-M yang berakhir pada Disember 2016.-Bernama

Tags / Kata Kunci: potong mata Liga , Datuk Hamidin , FAM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan