Emre Can Kagum Dengan Gol Sendiri

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 7:04 AM

Emre Can ketika melakukan libasan yang menghasilkan gol kemenangan buat Liverpool. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

EMRE Can mengaku tidak pernah terfikir bahawa dia mampu menghasilkan satu gol menakjubkan untuk Liverpool.

Pemain The Reds itu telah menyumbat masuk gol tunggal dan juga gol kemenangan buat pasukannya ketika menentang Watford, di Stadium Vicarage Road, awal pagi Selasa.

Gol yang diledakkan Can pada penghujung babak pertama memang sangat mengagumkan.

Dia menyambut umpan lambung Lucas Leiva dari dalam kotak penalti dengan melakukan libasan dalam keadaan membelakangi gawang.

Bola kemudian mengarah ke bahagian kanan gawang, membuatkan penjaga gol Watford Heurelho Gomes hanya mampu terpaku menyaksikan gawangnya bolos.

“Saya melihat ruang untuk mencelah dan berlari ke depan. Mula-mula sekali saya fikir mahu menanduk bola. Kemudian tak banyak yang saya fikir lagi,” kata Can memetik Sky Sport.

Pemain Jerman berdarah Turki itu sendiri mengaku tidak menyangka mampu melakukan gol yang begitu menakjubkan.

“Saya tidak pernah menghasilkan gol seperti itu (salto). Mungkin ketika saya masih muda, itu gol terbaik yang pernah saya buat."

Dalam perlawanan ini Liverpool sebenarnya mempunyai banyak peluang untuk menambah kutipan gol, tetapi peluang itu gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

“Yang paling penting kami dapat meraih tiga mata penuh setelah mengetahui apa yang terjadi sebelum ini. Ini adalah pertandingan besar bagi kami,” kata Can.

Pemain berusia 23 tahun itu juga optimistis pasukannya mampu berada di tiga kelompok teratas Liga Perdana Inggeris dan meraih tiket Liga Juara-Juara musim depan.

“Semuanya berada dalam genggaman kami. Jika kami menang tiga lagi pertandingan kami sudah menempatkan diri di Liga Juara-Juara. Kami yakin,” katanya.

Liverpool kini berada di posisi ketika carta liga dengan 69 mata, ketinggalan lapan mata di belakang Tottenham Hotspur.

Manchester City berada di belakangnya dengan mengumpul 66 mata, manakala Chlesea terus berada di puncak dengan 81 mata.

Tags / Kata Kunci: Emre Can , salto. Liverpool

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan