Perebutan Gelaran Juara Liga Perdana Inggeris Terus Sengit

Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 7:14 AM

Sebahagian pemain Chelsea meraikan kemenangan mereka ke atas Everton, awal pagi Isnin. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

CHELSEA dan Tottenham Hotspur menjadi dua pasukan paling hadapan dan terus bersaing sengit untuk meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kedua-dua pasukan terus mencatat mata penuh apabila menang dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi Isnin.

Chelsea menundukkan Everton 3-0 di Goodison Park.

Tiga gol Chelsea diperolehi melalui Pedro Rodriguez pada minit ke-66, Gary Cahill (79) dan Willian (86).

Sementara itu, Spurs menumbangkan Arsenal 2-0 dalam perlawanan derby utara London di White Hart Lane.

Dua gol Spurs dijaringkan oleh Dele Alli pada minit ke-55 dan Harry Kane yang menyumbat masuk penalti, selang tiga minit kemudian.

Keputusan ini tidak mengubah kedudukan kedua-dua kelab ini di carta liga di mana Chelsea masih berada di puncak dengan koleksi 81 mata.

Spurs pula kekal di tangga kedua, ketinggalan empat mata.

Dari segi peluang, Chelsea dilihat sedikit beruntung kerana perlu berdepan dengan pasukan yang 'agak mudah' untuk ditundukkan dalam empat lagi baki perlawanan.

The Blues akan berdepan Middlesbrough, West Bromwich Albion, Watford dan Sunderland.

Bagi Spurs, mereka dijadualkan berdepan West Ham United, Manchester United, Leicester City dan Hull City.

United jelas menjadi lawan Spurs paling mencabar kerana pasukan itu sedang berjuang mengumpul mata untuk menempatkan diri dalam empat kelompok teratas carta liga.

United mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan menentang Swansea City, pada Ahad.

Skuad bimbingan Jose Mourinho itu kini berada di posisi kelima dengan 65 mata, hanya tertinggal satu mata di belakang Manchester City yang menduduki tangga keempat.

City pula gagal menjarakkan kedudukannya dari United apabila hanya mampu seri 2-2 dalam perlawanan menentang Middlesbrough, juga berlangsung pada Ahad.

Tags / Kata Kunci: juara Liga Perdana Inggeris , Chelsea , Spurs

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan