Nidzam Pangku Tugas TCH

Diterbitkan: Ahad, 30 April 2017 10:49 AM

Nidzam Adzha Yusoff

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengesahkan jurulatih Tan Cheng Hoe kini tidak lagi bersama pasukan Lang Merah.

Presiden KFA Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, semalam merupakan hari terakhir Cheng Hoe bersama dengan KFA dan buat sementara waktu, tugas jurulatih pasukan akan digalas pembantunya, Nidzam Adzha Yusoff.

"Keputusan melepaskan Cheng Hoe dibuat berdasarkan pertimbangan yang mengambil kira pelbagai sudut, meskipun menyedari pasukan Kedah bakal bersaing dalam pertandingan separuh akhir pertama Piala FA menentang Terengganu di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam Ahad.

"Kita sudah bincang mengenai hasrat beliau untuk berhijrah ke jawatan yang telah ditawarkan dan pada dasarnya KFA bersetuju untuk memberi peluang kepadanya untuk menimba pengalaman yang lebih di peringkat kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah di Merbok, malam Sabtu.

Cheng Hoe sebelum ini mengesahkan sudah menerima surat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya pada 5 April lalu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tan Cheng Hoe , Kedah , Nidzam Adzha Yusoff

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan