Gerrard Bakal Latih Skuad B-18 Liverpool

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 7:37 AM

Steven Gerrard kembali ke Liverpool pada awal tahun ini dan telah menjadi salah seorang jurulatih di akademi. -Gambar fail

(Ubah saiz teks)

STEVEN Gerrard akan memegang peranan baharu di Liverpool mulai musim depan.

Bekas kapten The Reds itu diumumkan bakal mengendalikan skuad B-18 (bawah 18 tahun) Liverpool.

Gerrard, 36 tahun, kembali ke Liverpool pada awal tahun ini setelah bersara sebagai pemain bola sepak. Dia telah menjadi salah seorang jurulatih di akademi.

Mulai musim depan, Gerrard akan mengendalikan skuad B-18, menggantikan Neil Critchley, yang berpindah ke pasukan B-23.

"Setakat ini saya betul-betul menghayati waktu-waktu saya di akademi dan saya dapat rasakan sudah banyak yang saya pelajari daripada staf di sini," ujar Gerrard di laman rasmi Liverpool.

"Setelah telah bercakap dengan Alex Inglethorpe (pengarah akademi), kami merasakan sudah tiba masanya untuk saya naik ke satu lagi tahap dan mengendalikan pasukan saya sendiri," katanya.

"Neil telah melakukan tugas yang cemerlang bersama pasukan B-18, jadi saya berharap mampu meneruskan tugasnya, memberi sokongan dan membimbing pemain untuk ke skuad B-23 dan akhirnya ke pasukan utama," kata Gerrard.

Ketika aktif sebagai pemain, Gerrard telah bersama dengan Liverpool pada 1998 hingga 2015 dan tampil dalam 710 pertandingan.

Dia kemudian berhijrah menyertai Los Angeles Galaxy sehinggalah membuat keputusan menggantung but pada akhir tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Steven Gerrard , B-18 , Liverpool

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan