Rasuah: FIFA Gantung Pegawai Kanan AFC

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 9:44 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pegawai kanan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) digantung dari aktiviti berkaitan bola sepak selama 90 hari oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana mengaku bersalah atas dakwaan memberi dan menerima rasuah di mahkamah New York pada Khamis.

Presiden Persatuan Bola Sepak Guam, Richard Lai merupakan bekas ahli jawatankuasa eksekutif AFC dan masih menganggotai jawatankuasa pemasaran badan induk bola sepak Asia itu.

Namun perbuatan itu lebih memalukan badan pentadbir bola sepak dunia memandangkan Lai turut menganggotai jawatankuasa audit dan pematuhan FIFA.

Penggantungan Lai berkuatkuasa serta-merta dan boleh dilanjutkan sehingga 45 hari.

Perkara itu disahkan Jawatankuasa Etika FIFA dalam satu kenyataan.

Keputusan itu diambil atas permintaan pengerusi dewan penyiasatan, Dr Cornel Borbely selepas Lai mengaku bersalah atas tuduhan terlibat konspirasi penipuan.

Keputusan FIFA diumumkan sebelum ketetapan sama diambil AFC yang berpangkalan di Kuala Lumpur, yang berkata Lai telah "digantung sementara daripada bola sepak berkuat kuasa serta-merta di bawah kod etika dan disiplin AFC".

Lai mengaku bersalah menerima AS$100,000 daripada seorang individu yang disifatkan Jabatan Keadilan (Doj) sebagai pegawai AFC yang bertanding jawatan presiden FIFA dalam pertukaran untuk undinya.

Menurut DoJ, Lai turut menerima AS$850,000 antara tahun 2009 dan 2014 daripada kumpulan pegawai bola sepak dirantau AFC untuk mendapatkan sokongannya.

Tags / Kata Kunci: AFC , rasuah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan