FAS Tuntut Kerajaan Selangor Pindah Milik Kompleks Sukan

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 5:49 PM

Subahan Kamal (kiri) pada sidang media mengenai Kerjasama FAS dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) pada Jumaat. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif NFDP Safirul Abu Bakar (kanan). fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menuntut kerjasama daripada kerajaan Selangor supaya memindah milik dan mendaftarkan tanah bangunan Kompleks Sukan FAS di Seksyen U15, Shah Alam di atas nama persatuan berkenaan.

Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata kompleks yang siap dibina sejak satu setengah tahun lalu itu sepatutnya menjadi milik persatuan bagi kegunaan khusus, namun sehingga kini ia belum diserahkan.

Katanya kompleks sukan di kawasan seluas kira-kira dua hektar itu diberikan sebagai pertukaran selepas tanah di belakang bangunan Yayasan FAS digazetkan kepada FAS, dan dibangunkan menjadi sebuah pusat komersial setelah berlakunya perubahan dalam pucuk pimpinan negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Bila Selangor menang piala semua orang nak menjulang tetapi tiada seorang pun yang melihat dan memperjuangkan kebajikan FAS. Kita tidak minta banyak, hanya satu tempat khas untuk kita bekerja dan buat pasukan kesayangan kita berlatih.

"Saya difahamkan pada asalnya padang di belakang bangunan Yayasan FAS itu telah digazetkan kepada FAS tetapi entah bagaimana tiba-tiba boleh dibangunkan menjadi sebuah pusat komersial.

"Kemudian, sewaktu Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau telah berjuang untuk FAS dan berjaya mendapatkan tanah yang kini menjadi kompleks sukan itu. Namun, apabila saya dilantik menjadi presiden FAS, status kompleks itu berubah tanpa sebarang alasan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kerjasama antara FAS dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Subahan yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menyelar tindakan kerajaan negeri yang seperti mengabaikan soal kebajikan pasukan ''Gergasi Merah'' itu apabila gagal menyediakan padang latihan yang sempurna.

"Keadaan Padang SUK yang menjadi tempat latihan skuad Selangor ibarat sawah padi dan paling menyedihkan apabila padang tersebut turut dikongsikan bersama orang awam," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAS , kompleks sukan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan