Spurs Sudah Bersedia Menang Gelaran - Pochettino

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 7:40 AM

Mauricio Pochettino. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

TOTTENHAM Hotspur berjaya meraih kemenangan penting saat bertandang ke Selhurst Park, kandang Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung awal pagi Khamis.

Spurs menang 0-1 dalam perlawanan tersebut sekali gus berhak pulang dengan tiga mata penuh yang sangat penting untuk memastikan kelab itu terus menghidupkan peluang merebut gelaran juara Liga Perdana musim ini.

Spurs kini berada di posisi kedua carta Liga Perdana dengan 74 mata, hanya tertinggal empat mata dari Chelsea yang berada di puncak liga.

Satu-satunya gol dalam perlawanan itu dijaringkan oleh Eriksen pada minit ke-78. Menerima bola dari luar kotak penalti, pemain dari Denmark itu melepaskan tendangan yang berjaya menembusi gawang Palace.

Pengurus Spurs Mauricio Pochettino berkata mereka kini bersedia untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris.

"Pasukan kini menunjukkan bahawa kami sudah bersedia," kata Pochettino.

"Pada musim ini kami bersedia untuk berjuang dan pada musim depan, kami akan menjadi lebih baik.

"Kami telah tunjukkan bahawa banyak yang telah kami belajar dari musim lalu sebagai satu pasukan. Ia begitu penting kerana musim lalu adalah satu cabaran besar. Sukar untuk menunjukkan peningkatan pada musim itu.

"Musim lalu, pasukan ini hebat, bermain dengan baik, dan ia adalah satu cabaran besar untuk melakukan peningkatan."


Tags / Kata Kunci: Spurs , Mauricio Pochettino , Eriksen

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan