Real Madrid Terus 'Hantui' Barca

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 7:25 AM

Sebahagian daripada pemain pasukan Real Madrid meraikan kejayaan pasukan menewaskan Deportivo La Coruna dalam saingan La Liga, awal pagi Khamis. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid berjaya menang besar ke atas tuan rumah Deportivo La Coruna dalam perlawanan bola sepak saingan La Liga yang berlangsung awal pagi Khamis.

Menang dengan jaringan 6-2, kemenangan ini penting buat Madrid yang kini bersaing sengit dengan Barcelona yang berada di puncak La Liga.

Madrid kini mengumpul 78 mata, sama dengan Barca yang beberapa jam sebelum itu turut berpesta gol dalam perlawanan menentang Osasuna.

Dengan jumlah mata yang sama, Madrid kini berada di posisi kedua kerana kekurangan dari segi jumlah gol dengan musuh ketat mereka.

Bagaimanapun Madrid tentunya masih 'menghantui' Barca yang berpeluang besar untuk memintas mereka, kerana Madrid masih mempunyai baki satu perlawanan berbanding Barca yang sudah bermain dalam 34 pertandingan.

Dalam perlawanan di Stadium Riazor itu, Madrid yang turun tanpa pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale, berjaya unggul seawal minit pertama menerusi Alvaro Morata.

Pada minit ke-14 Madrid mendahului 0-2, berkat aksi James Rodriguez.

Tetapi pada minit ke-35 Deportivo sempat mengejar Madrid menerusi jaringan Florin Andone.

Sebelum babak pertama berakhir Madrid kembali mengubah kedudukan menjadi 1-3. Gol ketiga Madrid diperolehi menerusi Vazquez, memanfaatkan umpan silang Marcelo.

Di babak kedua Madrid terus mengasak. Pada minit ke-67 Rodriguez menjaringkan gol keduanya, setelah menerima umpan matang Morata.

Kedudukan berubah menjadi 1-5 pada minit ke-77 melalui Isco setelah menerima umpan silang Vazquez.

Pada minit ke- 84, Deportivo menjaringkan gol kedua melalui Joselu. Tetapi tiga minit kemudian, Casemiro berjaya menceroboh gawang tuan rumah dan menutup perlawanan itu dengan keputusan 2-6.

Tags / Kata Kunci: La Liga , Real Madrid , Barca

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan