Dortmund Ke Final DFB Pokal

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 8:01 AM

Ousmane Dembele (kiri) diraikan oleh rakan sepasukannya Pierre Emerick Aubameyang selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan Borussia Dortmund dalam aksi separuh akhir DFB Pokal menentang Bayern Munich. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

SELEPAS berdepan pertandingan sengit dalam perlawanan menentang Bayern Munich, Borussia Dortmund akhirnya memastikan tiket untuk beraksi di final DFB Pokal.

Kemenangan 3-2 Dortmund ke atas Bayern di Allianz Arena, awal pagi Khamis dicatatkan dengan penuh dramatis.

Dalam perlawanan akhir, Dortmund akan berdepan Eintracht Frankfurt yang sudah mara terlebih dulu.

Tampil di hadapan penyokong sendiri, Bayern mengawal permainan sejak minit pertama.

Franck Ribery dan rakan-rakan menguasai bola dan memaksa Dortmund untuk bertahan.

Bagaimanapun Dortmund membuka harapan apabila Marco Reus menyumbat masuk gol pertama pada minit ke-19.

Tidak lama kemudian, Javier Martinez berjaya memanfaatkan umpan Xabi Alonso menjadikan kedudukan seri 1-1.

Mats Hummels membawa Bayern kembali mendahului 2-1 sebelum tamat babak pertama.

Pada babak kedua, Dortmund yang tidak mahu kehilangan peluang meraih trofi musim ini terus mengasak dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Pierre-Emerick Aubame pada minit ke-69, menjadikan kedudukan 2-2.

Ousmane Dembele menjadi wira dalam kemenangan Dortmund menerusi gol penentunya pada minit ke-74, memanfaatkan umpan Marco Reus.

"Kami tertinggal 1-2 dan akhirnya menang. Itu luar biasa," kata jurulatih Dortmund Thomas Tuchel.

"Tak ada yang benar-benar percaya dengan kami selepas kami ketinggalan 1-2. Tapi, kini kami benar-benar ingin pergi ke Berlin melawan Frankfurt," kata Reus.

Dalam aksi final, Dortmund akan menentang Eintracht Frankfurt yang mengalahkan Borussia Moenchengladbach 7-6 menerusi penentuan penalti selepas perlawanan berakhir 1-1.

Final akan berlangsung di Stadium Olympia, Berlin, 27 Mei ini.


Tags / Kata Kunci: DFB Pokal , Ousmane Dembele

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan