Dikaitkan Dengan Kedah, Ini Pengakuan Marcote

Diterbitkan: Rabu, 26 April 2017 12:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas penolong jurulatih Kedah, Ramon Marcote mendedahkan sudah lama tidak berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) walaupun khabar angin mendakwa dia bakal menggantikan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih skuad hjau kuning.

Bekas jurulatih skuad remaja Atletico Madrid itu dikaitkan sebagai salah seorang calon untuk menggantikan ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang dipilih menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan.

"Sudah lama saya tidak mendengar khabar daripada Kedah FA," ujarnya ringkas kepada mStar Online pada Rabu.

Pengakuannya itu sekaligus melenyapkan khabar angin yang mengatakan Marcote antara  calon tunggal jurulatih asing yang tersenarai dalam tiga pilihan KFA.

Bagaimanapun , Marcote yang ini bertugas sebagai penasihat metadologi latihan Akademi Atletico Madrid memberitahu bahawa dia sedia berbincang dengan mana-mana pasukan sekiranya mendapat tawaran, termasuk Kedah.

"Satu penghargaan bagi sekiranya Kedah atau pasukan lain berminat untuk mendapatkan khidmat saya.

"Namun seperti yang saya katakan, tidak ada sebarang tawaran setakat ini," ujarnya.

Marcote, 40, yang mempunyai lesen kejurulatihan Pro A UEFA menyertai pasukan Kedah pada April 2015 sebagai jurulatih kecergasan bagi menggantikan Ian Gillian yang dilantik sebagai pengarah teknikal.

Ketika menjadi penolong kepada Tan Cheng Hoe, Marcote berjaya mengadaptasi corak permainan hantaran pendek (tiki-taka) yang menjadi kebanggaan skuad hijau kuning.

Malah ketika Cheng Hoe terpaksa menjalani kursus Kejurulatihan Pro di China, Marcote berjaya membawa Kedah ke final Piala Malaysia untuk menentang Selangor.

Bagaimanapun, Marcote bertindak meninggalkan Kedah selepas perlawanan akhir itu kerana ingin menyambung pengajian di peringkat PhD sains sukan di Sepanyol.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Liga Super , Ramon Marcote , KFA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan