Tak Salam, Nazmi Faiz Diberi Amaran

Diterbitkan: Rabu, 26 April 2017 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor diberi amaran keras akibat tindakan beliau yang tidak ‘profesional’ ketika menentang Pahang pada Ahad lalu.

Pada perlawanan pusingan suku akhir kedua itu, Nazmi tidak bersalaman dengan barisan pemain Pahang selepas aksi yang berkesudahan pasukan pelawat mencatat kemenangan 3-1.

Paling ketara beliau tidak menyambut salaman yang dihulurkan pemain Pahang, Azam Azih.

Amaran itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)  menerusi kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu di laman rasmi Facebook pada Selasa malam.

Keseluruhannya, lima pemain di kenakan tindakan akibat kesalahan dan masalah disiplin.

Empat pemain di gantung satu perlawanan serta dikenakan denda RM3,000 kerana bertindak menerjah di dalam perlawanan masing-masing.

Tindakan itu melibatkan pemain JDT, Afiq Fazail yang menerjah lawan ketika perlawanan menentang Pahang, Ahad lalu. Afiq akan terlepas perlawanan liga menentang Melaka United pada 6 Mei nanti.

Juga tersenarai adalah pemain Kedah, Rizal Ghazali yang menerima penggantungan automatik untuk aksi menentang Perak dan penggantungan tambahan bagi aksi menentang PKNS pada 6 Mei nanti.

Rizal melakukan kesalahan ketika menentang T Team.

Selain itu, pemain T Team, Fakhrurazi Musa yang melakukan kesalahan sama ke atas Rizal Ghazali pada aksi sama juga digantung.

Fakhrurazi terlepas aksi seterusnya akibat penggantungan automatik kerana mendapat tiga kad kuning. Penggantungan tambahan beliau adalah pada 6 Mei nanti ketika menentang Perak.

Sementara itu, pemain import Pahang, Mohamadou Sumareh turut menerima nasib sama akibat pertelagahannya dengan Afiq Fazail pada Ahad lalu. Beliau di gantung satu perlawanan iaitu aksi separuh akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan Ahad depan. 

Tags / Kata Kunci: JDT , Nazmi Faiz

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan