Chelsea Lebar Jurang Mata

Diterbitkan: Rabu, 26 April 2017 7:15 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA semakin hampir untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris kedua dalam tempoh tiga tahun selepas mengatasi Southampton 4-2 di Stamford Bridge, awal pagi Rabu.

Dengan kemenangan itu, Chelsea kini berada di depan pencabar terdekat, Tottenham Hotspur dengan tujuh mata.

Jaringan Eden Hazard, kapten Gary Cahill dan dua gol Diego Costa menjamin Chelsea untuk kekal berada di landasan tepat meraih gelaran berganda selepas menewaskan Tottenham dengan keputusan sama pada aksi separuh akhir Piala FA di Wembley, Sabtu lalu.

Conte sekali lagi merombak pasukannya apabila menurunkan Hazard dan Costa, pemain yang direhatkan ketika aksi di Wembley dan ternyata taktik tersebut membuahkan kejayaan.

Chelsea membuka tirai jaringan menerusi Hazard selepas memanfaatkan hantaran Costa pada minit kelima.

Namun, anak buah Claude Puel bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-24 menerusi bekas pemain tengah Chelsea, Oriel Romeu.

Chelsea kembali membalas asakan pada minit ke-45 menerusi Cahill sebelum Costa meledak gol ketiga pada minit ke-53.

Ia merupakan gol ke-50 peribadi Costa dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Costa yang gagal menjaringkan sebarang gol sebelum ini, menambah jaringan keduanya pada minit ke-89.

Biarpun ketinggalan 4-1, Southamtpon masih enggan menyerah kalah apabila meledak gol kedua pada masa kecederaan menerusi seorang lagi bekas pemain Chelsea, Ryan Bertrand.

Ketika perlawanan berbaki lima minit, Conte menurunkan kapten John Terry yang akan meninggalkan kelab itu pada musim panas ini selepas 18 tahun memperkuat skuad tersebut.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Liga Perdana Inggeris

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan