Newcastle United Kembali Ke Liga Perdana

Diterbitkan: Selasa, 25 April 2017 8:07 AM

Newcastle menang 4-1 ke atas Preston North End dalam saingan Kejuaraan awal pagi Selasa. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

NEWCASTLE United memastikan tempat untuk kembali bersaing di Liga Perdana Inggeris musim depan, mengikuti jejak Brighton & Hove Albion.

Newcastle berjaya mengalahkan Preston North End dalam saingan Kejuaraan dengan jaringan 4-1 di St. James Park, awal pagi Selasa.

Ayoze Perez menjadi bintang utama kemenangan Newcastle dengan menyumbang dua gol. Dua gol lagi disumbat masuk oleh Christian Atsu dan Matt Ritchie.

Gol tunggal lawan diperolehi melalui Jordan Hugill.

Dengan tambahan tiga mata ini, Newcastle memastikan pasukan itu menamatkan saingan di tempat kedua saingan bola sepak Kejuaraan.

88 mata yang dikumpul Newcastle tidak mungkin dapat dikejar oleh Reading, pasukan yang berada di posisi ketiga dengan 79 mata, berbaki dua perlawanan.

Satu lagi tiket promosi lain secara automatik sudah digenggam oleh Brighton & Hove Albion yang berada di puncak liga dengan koleksi 92 mata.

Newcastel bagaimanapun masih mampu menjadi juara jika berlaku situasi di mana Brighton kalah di dua baki perlawanan dan Newcastle menang dua lagi baki perlawanan.

Dengan keputusan ini, Newcastle hanya setahun berada di liga Kejuaraan dan kembali dapat beraksi ke di Liga Perdana pada musim depan.

Tags / Kata Kunci: Kejuaraan , Newcastle United , EPL

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan