Sanchez Bawa Arsenal Ke Final Piala FA

Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 7:30 AM

Alexis Sanchez (kiri) meraikan gol kemenangan Arsenal yang dijaringkannya pada saat-saat akhir ketika menentang Manchester City dalam perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris di Stadium Wembley, malam Ahad. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

ARSENAL berjaya merebut satu tiket terakhir final Piala FA Inggeris apabila menundukkan Manchester City dengan skor tipis 2-1 dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Wembley, malam Ahad.

Alexis Sanchez menjadi wira dalam kemenangan ini apabila menyumbat masuk gol kemenangan Arsenal pada minit ke-101, sekali gus membawa pasukannya untuk beraksi di final menentang Chelsea.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger bagaimanapun menganggap semua pemainnya bermain dengan baik tanpa melihat ada pemain yang paling menonjol.

Dalam perlawanan ini, gawang Arsenal lolos terlebih dulu oleh gol Sergio Aguero pada minit ke-62. Pantang menyerah, mereka berjaya membalas gol tersebut menerusi Nacho Monreal (71') dan Sanchez (101').

Walaupun Monreal dan Sanchez dilihat menjadi wira di sebalik kemenangan Arsenal, Wenger menilai pemain-pemain lain juga telah memberi sumbangan yang sangat besar.

"Bukan hanya penjaring gol yang bermain dengan baik," kata jurulatih dari Perancis ini mengenai persembahan pasukannya.

"Semua orang, termasuk Mesut Ozil sudah menunjukkan bahawa mereka mampu berjuang. Secara keseluruhan, ia adalah penampilan terbaik daripada kami," kata Wenger.

Walaupun layak ke final, masa depan Wenger di Arsenal tetap menjadi persoalan.

Sehingga kini, kontraknya yang akan berakhir di penghujung musim masih belum dilanjutkan.

"Mereka boleh mempersoalkan keputusan saya, tetapi tidak dengan kesetiaan dan komitmen saya terhadap kelab," kata Wenger saat ditanya tentang masa depannya bersama kelab itu.

Dengan kemenangan ini, Arsenal sudah 20 kali beraksi di final Piala FA dengan tiada pasukan Inggeris lain yang dapat menyamai rekod tersebut.

Tags / Kata Kunci: Piala FA Inggeris , Alexis Sanchez

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan