N'Golo Kante Dinobat Pemain Terbaik EPL

Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 11:05 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Chelsea, N'Golo Kante dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini apabila merangkul anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) pada Ahad.

Pemain tengah The Blues itu, menewaskan pencabarnya, Eden Hazard, Harry Kane, Romelu Lukaku, Zlatan Ibrahimovic dan Alexis Sanchez berdasarkan undian dalam kalangan pemain.

Sementara itu, anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA menjadi milik pemain Tottenham Hotspurs, Delle Ali buat kali kedua berturut-turut.

Kante berkata, anugerah tersebut merupakan penghormatan yang besar buat dirinya kerana dipilih oleh pemain lain.

"Sungguh berbangga mendapat pengiktirafan ini. Sangat hebat.

"Seperti saya selalu katanya, ianya hasil kerja berpasukan. Terima kasih buat rakan sepasukan, staf Chelsea dan semua penyokong," katanya.

Pemain berusia 26 tahun itu berpeluang untuk menambah koleksi medal apabila Chelsea kini semakin hampir memenangi gelaran EPL.

Kante sudah memenangi trofi EPL pada musim lepas bersama Leicester City dan kini hampir pasti memenangi gelaran tersebut buat kali kedua.

"Dua musim pertama saya sangat indah.

"Musim lepas sangat indah dan musim ini, kita mempunyai musim yang baik tetapi perlu menamatkannya dengan baik.

Tags / Kata Kunci: N'Golo Kante , PFA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan