Mourinho Lega Dapat Khidmat Pemain Baharu Ganti Ibrahimovic

Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho menarik nafas lega apabila seorang daripada penyerangnya menemui semula sentuhan, sekali gus mampu menggalas tugas untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyerang berbisa, Zlatan Ibrahimovic yang direhatkan sehingga hujung musim akibat kecederaan.

Bos Manchester United itu menghamburkan pujian terhadap Anthony Martial susulan persembahan bertenaga pemain muda tersebut ketika membenam Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris untuk menghidupkan kembali peluang menempah slot Liga Juara-Juara.

Martial menjaringkan gol pembukaan sebelum kapten pasukan, Wayne Rooney menjadikan kedudukan 2-0 untuk menamatkan badi tanpa kemenangan di Stadium  Turf Moor bagi tempoh 41 tahun.

Sebelum ini, Mourinho mengkritik hebat pemain berusia 21 tahun itu dan pada minggu lalu, dia mencabar Martial untuk menjadi seperti Marcus Rashford yang menjadi watak penting ketika menundukkan pendahulu liga, Chelsea.

Namun ternyata persembahan berkualiti pada Ahad mengundang reaksi positif daripada Mourinho apabila melihat kemampuan pemain Perancis itu mengisi kekosongan Ibrahimovic.

"Martial perlu faham apa yang kami perlukan daripadanya, bukan sahaja untuk pasukan tetapi untuk dirinya.

"Jika dia mahu menjadi pemain istimewa, dia boleh lakukan seperti hari ini  (Ahad) kerana menunjukkan atitud dan keinginan yang tinggi.

"Kami gembira kerana memiliki pemain baharu (Martial) sehingga hujung musim ini," katanya.

Manchester United hanya ketinggalan satu mata di belakang Manchester City yang menduduki tangga keempat.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan