FAM Tegas Mahu Aksi M'sia-Korea Utara Di Gelanggang Berkecuali

Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 7:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertegas mahu perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 8 Jun ini diadakan di gelanggang berkecuali.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya masih kekal dengan pendirian itu walaupun Persatuan Bola Sepak Korea Utara (PRKFA) mahu perlawanan berkenaan dilangsungkan di Pyongyang.

"Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai penganjur akan memutuskan perkara ini. PRKFA ada menghantar surat kepada AFC menyatakan keinginan mereka bermain di Pyongyang dan memberi jaminan keselamatan terhadap skuad negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) yang disempurnakan Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi di sini, Isnin.

Hamidin berkata, AFC mahukan surat daripada kerajaan, sama ada dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ataupun Kementerian Luar bagi mengukuhkan permintaan FAM.

"Kita akan adakan  satu mesyuarat bersama KBS yang akan dipengerusikan Ketua Setiausahanya, Datuk Lokman Hakim Ali bagi membincangkan perkara ini.

"Yang penting, saya bersama Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta pegawai tertinggi FAM sepakat tidak mahu aksi Harimau Malaya dengan Korea Utara berlangsung di sana (Pyongyang)," katanya.

Sementara itu, Hamidin turut mengesahkan semua aksi skuad negara bagi kempen kelayakan Piala Asia 2019 akan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Beliau berkata, FAM mempunyai strategi tersendiri selain faktor kemudahan dan infrastruktur di stadium itu yang memenuhi kriteria.

"Kita juga sudah hantar surat kepada AFC. Sebelum ini gelanggang kita di Stadium Shah Alam, Selangor dan Stadium Nasional, Bukit Jalil, tapi kali ini kita telah bermesyuarat untuk bermain di Larkin bagi semua perlawanan pusingan kelayakan itu," katanya.

Pertemuan Malaysia dan Korea Utara seharusnya dilangsungkan pada 28 Mac lepas tetapi terpaksa ditangguhkan atas permintaan FAM yang mahu ia dilangsungkan di  gelanggang berkecuali.

Ini berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara selepas pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbangan Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lepas. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan