Bapa Borek Anak Rintik Sepakan Percuma Ronaldo Jr

Diterbitkan: Ahad, 23 April 2017 7:59 AM

(Ubah saiz teks)

BAPA borek, anak rintik... begitulah gambaran pada gaya sepakan percuma bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo 'diturunkan' kepada anaknya.

Cristiano Ronaldo Jr yang berumur enam tahun menarik perhatian apabila meniru gaya bapanya dalam perlawanan kanak-kanak di Sepanyol baru-baru ini.

Lebih menarik apabila bapanya berada di tepi padang dan merakamkan aksi berkenaan.

Pemain Real Madrid itu kemudiannya memuat naik video pendek anaknya melakukan sepakan sempurna.

Segala teknik yang digunakan Ronaldo Jr menyamai bapanya, dari mula menarik nafas secara dalam sehingga melancarkan tendangan untuk membolosi gawang.

Nampaknya budak berusia enam tahun itu bijak 'mengkaji' teknik permainan bapanya di rumah. - Mail Online

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan