Chelsea Mara Final Piala FA

Diterbitkan: Ahad, 23 April 2017 7:21 AM

Eden Hazard meraikan jaringan ketiga yang dicatatkannya dalam perlawanan separuh akhir Piala FA antara Chelsea dan Tottenham Hotspur. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

CHELSEA mara ke perlawanan akhir Piala FA apabila menewaskan Tottenham Hotspur dengan 4-2 di Stadium Wembley di London, awal pagi Ahad.

Willian mencatatkan dua gol dalam aksi separuh akhir pada minit ke-5 dan (43').

Dua gol lagi masing-masing diraih Eden Hazard (75') dan Nemanja Matic (80').

Dua gol berbalas Tottenham pula merupakan jaringan Harry Kane (18') dan Dele Alli (52').

Chelsea memberi tekanan dalam permainan yang baharu sahaja berlangsung apabila menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-5.

Tottenham membalas gol pada minit ke-18 bagi menyamakan kedudukan apabila Kane memanfaatkan umpan daripada sepakan pemain Christian Eriksen.

Bagaimanapun, kemasukan Eden Hazard dan Diego Costa pada menit ke-61 menggugat Tottenham.

Ternyata pada minit ke-75 menerusi sepakan Hazard, pasukan The Blues mencatatkan skor 3-2.

Matic seterusnya memastikan kemenangan 4-2 apabila beliau mencatatkan gol pada minit ke-80 menerusi umpan Hazard.

Kemenangan Chelsea menyaksikan pasukan itu mara ke perlawanan akhir Piala FA buat kali ketujuh sejak 2000.






iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan