Kedah Ketuai Tiga Pasukan Ke Separuh Akhir Piala FA

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 7:14 AM

Pemain PKNP FC Mohamad Ezanie Mat Salleh (kiri) mengasak pemain Kedah Muhammad Syafiq Ahmad (kuning) ketika perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Perak, Jumaat malam. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara tiga kali Piala FA, Kedah mengetuai kemaraan tiga pasukan ke peringkat separuh akhir setelah berakhir aksi suku akhir kedua saingan itu, Jumaat malam.

Walaupun kalah 0-1 kepada Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada aksi timbal balik di Stadium Perak, Ipoh skuad Lang Merah layak ke separuh akhir menerusi agregat 6-2.

Pada aksi di Ipoh itu, gol tunggal perlawanan dijaringkan Muhammad Shahrel Fikri pada minit ke-10.

Untuk rekod, Kedah menang bergaya 6-1 ke atas PKNP FC pada aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 1 April lepas.

Juara dua kali Piala FA, Negeri Sembilan pula terikat tanpa jaringan menentang Sabah pada aksi timbal balik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, namun layak ke separuh akhir menerusi agregat 1-0.

Negeri Sembilan menang tipis 1-0 ke atas Sabah pada aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, pada 1 April lepas.

Dalam pada itu, juara dua kali Piala FA, Terengganu terpaksa beraksi sehingga ke penentuan sepakan penalti sebelum mengatasi Sarawak 4-1 pada aksi di Stadium Negeri, Kuching bagi menempah tiket ke separuh akhir.

Kedua-dua pasukan sebelum itu, terikat 1-1 dengan Issey Nakajima-Farran meletakkan Terengganu di hadapan menerusi jaringan seawal minit kesembilan sebelum Demerson Bruno Costa menyamakan kedudukan untuk Sarawak pada minit ke-80.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 1 April lepas.

Juara bertahan Piala FA, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan melayan kunjungan Pahang pada aksi timbal balik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Ahad ini.

Untuk rekod, Pahang menewaskan JDT 3-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 1 April lepas.

Kedah dijadual menentang Terengganu, manakala Negeri Sembilan akan menanti pemenang perlawanan antara Pahang dan JDT pada aksi separuh akhir, yang menggunakan format timbal balik pada 28 dan 29 April untuk aksi separuh akhir pertama dan 12 dan 13 Mei ini untuk aksi timbal balik.

Final Piala FA dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Mei ini.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Piala FA , Separuh Akhir

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan