Piala FA: Irfan Puas Hati Skuad Penyu Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 1:15 PM

Pemain-pemain Terengganu meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Piala FA selepas menang 4-1 ke atas Sarawak menerusi penentuan sepakan penalti. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pengendali pasukan Terengganu FA, Irfan Bakti Abu Salim berpuas hati dengan kejayaan pasukan itu melangkah ke separuh akhir Piala FA 2017 biarpun terpaksa menunggu sehingga ke penentuan sepakan penalti sebelum mengatasi Sarawak 4-1 pada aksi di Stadium Negeri, di sini, Jumaat malam.

“Saya berpuas hati di atas persembahan  dan  komitmen pemain walaupun terpaksa bermain hingga ke masa tambahan.

“Ada sedikit dukacita kita boleh menyempurnakan perlawanan seawal separuh masa pertama lagi (akibat beberapa peluang terhidang terlepas) seterusnya membawa perlawanan hingga ke penentuan penalti,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan sebelum ini terikat 1-1 dengan Issey Nakajima-Farran meletakkan Terengganu di hadapan menerusi jaringan pembukaan seawal minit kesembilan sebelum Demerson Bruno Costa menyamakan kedudukan untuk Sarawak pada minit ke-80.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 1 April lepas.

Bagaimanapun, kemenangan skuad Penyu itu terpaksa dibayar dengan harga mahal setelah mereka kehilangan tiga tonggak utama apabila pemain tengah Mohd Faiz Mohd Nasir dan penjaga gol Amierul Hakimi Awang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan manakala penyerang Abdul Latiff Suhaimi menerima kad merah.

Kehilangan tiga pemain utama itu menyulitkan persediaan pasukan yang akan menghadapi Johor Darul Ta'zim (JDT) II dalam saingan Liga Perdana 25 April ini di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.

”Pagi esok (Sabtu)  kami akan adakan latihan sebelum bergerak ke lapangan terbang untuk terus ke Johor Bahru. Kita lupakan sementara separuh akhir Piala FA untuk beri tumpuan kepada Liga Perdana pula.

“Berkenaan keadaan Mohd Faiz  saya dimaklumkan oleh doktor tadi dia boleh bermain (menentang JDT II) tetapi saya tidak mahu ambil risiko,” katanya.

Sementara itu,  ketua jurulatih Sarawak, David Usop seperti hilang kata-kata melihat prestasi pasukan itu yang gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang untuk meraih kemenangan.

“Saya kena fikir semula taktikal pasukan semuanya seakan tidak menjadi malam ini sebelum kita menghadapi Kelantan di gelanggang ini pada aksi Liga Super 26 April nanti,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Terengganu , Penyu , Irfan Bakti

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan