Latihan Skuad B-22 Hadapi Kelayakan Piala AFC 2018, Sukan SEA Mungkin Di China

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 7:33 PM

Adam Nor Azlin menjalani latihan bersama skuad bawah 22 tahun pada Mac lalu. foto GLENN GUAN/The Star

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Latihan skuad bawah 22 tahun (B-22) negara bagi menghadapi Kejohanan Kelayakan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) B-23 2018 dan Sukan SEA 2017, berkemungkinan diadakan di China.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bagaimanapun berkata keputusan tersebut bergantung kepada faktor kewangan badan induk bola sepak kebangsaan itu.

"Belum tahu lagi...kemungkinan di China atau dalam negara sahaja kerana pada masa ini, FAM belum ada duit.

"Hendak gunakan duit untuk pergi ke mana-mana kosnya tinggi dan bajet perlu menjadi keutamaan kita tetapi semua perancangan masih diruruskan oleh jurulatih dan saya akan berbincang pada masa akan datang," kata Tunku Mahkota Johor itu.

Tunku Ismail berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bersama anggota gabungan FAM di sini, Jumaat.

Setakat ini, 30 pemain dijangka dipanggil oleh jurulatih Datuk Ong Kim Swee bagi menjalani latihan fasa pertama untuk memilih 23 pemain.

Kelayakan Piala AFC 2018 bagi skuad negara dijadual di Bangkok, Thailand pada Julai ini.

Pada masa sama, skuad muda negara itu perlu bersedia bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur pada Ogos depan.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail berkata masih terdapat persatuan bola sepak negeri dan kelab masih belum memberi kata putus berhubung pelepasan pemain mereka bagi menyertai latihan skuad B-22 negara.

"Ada beberapa pasukan tidak mahu melepaskan pemain mereka atas sebab dan alasan tersendiri, tetapi bagi saya, Sukan SEA tahun ini cukup unik kerana kita menjadi tuan rumah.

"Takkan kita hendak lihat pasukan bola sepak B-22 negara berada di tempat tercorot atau terkeluar daripada saingan. Jadi, saya harap semua pasukan dapat memberi sumbangan dengan melepaskan pemain yang terpilih untuk menjalani latihan," katanya. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: FAM , Sukan SEA , Kelayakan Piala AFC 2018

iklan

Video

Jumaat, 28 April 2017 5:30 PM

Hasrat Faizal Tahir Berehat Terganggu

Jumaat, 28 April 2017 3:47 PM

'Istana' Unik Di Rusia

Jumaat, 28 April 2017 11:39 AM

Kiri, Kanan, Depan,Belakang Ais Krim

Jumaat, 28 April 2017 9:30 AM

Apa Punca Aiman Sidek Masih Tidak Popular ?

Khamis, 27 April 2017 5:32 PM

Siapa Sanggup Tunggu Elly Mazlein?

Khamis, 27 April 2017 3:30 PM

Belum Ada Rezeki Anak - Bella Dally

Rabu, 26 April 2017 10:48 AM

Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Quran

Kolumnis

iklan

Iklan