Ketua Jurulatih Harimau Malaya Diumum Tidak Lama Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 7:22 PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Nama ketua jurulatih skuad bola sepak negara yang baharu akan diumumkan dalam masa yang terdekat, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurutnya, satu pertemuan dengan ''individu berpotensi'' itu diadakan pada Jumaat untuk melihat kesesuaiannya melatih skuad Harimau Malaya.

"Buat masa ini, saya sedang dalam perbincangan dengannya. Saya tidak hendak dedahkan (siapa)," katanya dalam sidang media selepas perjumpaan dengan anggota gabungan FAM mengenai perlepasan pemain untuk temasya Sukan SEA pada Ogos ini dan kejohanan bawah 22 tahun Piala AFC di Bangkok, Thailand.

Tunku Ismail yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor sebelum ini menamakan bekas ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta''zim (JDT), Mario Gomez sebagai pengendali Harimau Malaya bagi menggantikan Datuk Ong Kim Swee.

Bagaimanpun, Gomez menolak tawaran berkenaan kerana dikatakan mahu gaji yang lebih tinggi.

Sementara itu, Tunku Ismail berkata beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ditempatkan di setiap gelanggang perlawanan, tempat latihan, pejabat FAM serta persatuan-persatuan negeri bagi membolehkan mereka memantau gejala rasuah, secara lebih dekat.

Katanya, semua pegawai ini akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Integriti FAM bagi memastikan Liga Malaysia bebas daripada amalan rasuah.

"Kita memberi kerjasama dan membuka pintu 100 peratus kepada SPRM untuk menjalankan tugas kerana maklumat yang saya dapat amat menyedihkan iaitu mengatur perlawanan masih lagi aktif dan besar dalam negara.

"Keutamaan haruslah untuk membanteras rasuah dalam bola sepak," katanya.

Tunku Ismail juga mengesahkan senarai nama penuh individu yang memegang jawatan dalam FAM, barisan pemain, pengadil serta anggota -anggota persatuan, telah diserahkan kepada SPRM. -  BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAM , ketua jurulatih , Harimau Malaya

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan