Ini Azam Zachary Anderson!

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 8:53 AM

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN import Kedah, Zachary Anderson mendedahkan azamnya apabila turun menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dalam suku akhir kedua Piala FA di Ipoh malam ini.

Pemain kelahiran Australia itu memberitahu, dia dan rakan sepasukan mahu bangkit daripada kekalahan lalu dan memastikan skuad hijau kuning berada di separuh akhir Piala FA.

Walaupun Kedah berbekalkan kelebihan kemenangan 6-1 dalam perlawanan pertama, namun anak didik Tan Cheng Hoe tetap mamhu mempamerkan aksi terbaik.

"Kami berazam untuk kembalikan rentak sebenar dan mencapai misi untuk berada di aksi final Piala FA.

"Dalam bola sepak, ada masa kita diuji dan ini juga yang dihadapi pasukan gergasi di seluruh dunia. Tetapi itu bukan bermakna kami tidak boleh bangkit untuk perlawanan seterusnya.

"Walaupun keputusan perlawanan pertama seakan memberikan laluan mudah ke peringkat separuh kahir, namun kami tetap mahukan kemenangan dalam perlawanan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Bercerita lebih lanjut, Anderson berkata, kekalahan lalu turut memberi kesan kepada dirinya kerana bapa dan adiknya yang datang dari Australia juga menyaksikan perlawanan tersebut.

Berikutan itu jelasnya, secara peribadi dia akan turun dengan misi untuk memastikan kemenangan dapat dilihat oleh bapa dan adiknya sebelum mereka pulang.

"Kita (Kedah) akan mendapat sentuhan Ken Ilso Larsen semula dan ini pastinya akan mamntapkan kembali bahagian serangan.

"Kami juga berdoa supaya Sandro Da Silva akan pulih sepenuhnya dan sama-sama membantu semua pemain termasuk saya bagi kita mendapatkan kemenangan," ujarnya.

Menurutnya, kekuatan Kedah tidak lengkap sekiranya penyokong skuad hijau kuning tidak menjadi tulang belakang dalam perlawanan itu nanti.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Piala FA , PKNP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan