AFC Bincang Dengan Anggota Gabungan Aksi Mas-Korea Utara

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 12:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan segera mengadakan perbincangan dengan anggota gabungannya yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah aksi kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara, dijadual pada 8 Jun ini.

Badan induk bola sepak Asia itu dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu diputuskan selepas Korea Utara gagal mengemukakan cadangan gelanggang berkecuali bagi perlawanan berkenaan walaupun diberi tempoh berbuat demikian sehingga 14 April lepas.

AFC, bagaimanapun menegaskan keputusan muktamad berhubung perlawanan di gelanggang berkecuali itu bergantung kepada perkembangan terkini hubungan diplomatik antara kedua-dua negara berikutan kerajaan Malaysia telah mengenakan larangan perjalanan kepada rakyatnya ke Korea Utara.

“AFC kini menunggu maklumat terbaharu daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia sama ada larangan perjalanan itu masih berkuat kuasa atau telah ditarik balik, dan AFC tidak akan membuat ulasan lanjut pada masa ini,” kata kenyataan itu.

Skuad Malaysia yang sebelum ini dilatih Datuk Ong Kim Swee, dijadual menentang Korea Utara dalam perlawanan Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Kim Il-sung di Pyongyang pada 28 Mac lalu.

Bagaimanapun, ketegangan politik berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lalu menyebabkan kerajaan Malaysia melarang skuad negara beraksi di sana atas faktor keselamatan.

Berikutan itu pada 13 Mac lepas, FAM memohon kepada AFC agar perlawanan berkenaan diadakan di gelanggang berkecuali.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan