Final Piala FA: Masuk Stadium Atau Lokap

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 3:06 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyokong pasukan yang berentap pada aksi final Piala FA mempunyai dua pilihan sama ada mematuhi arahan ditetapkan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) atau berdepan tindakan tegas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan untuk bekerjasama dengan FMLLP bagi membanteras isu ulat tiket menjelang aksi final yang akan berlangsung pada 20 Mei depan.

"Kali ini pihak polis akan ambil tindakan lebih agresif. Seperti yang kita bincangkan tadi, pemeriksaan di setiap pintu masuk ke stadium akan diperketatkan.

"Pasukan khas itu akan lakukan pemeriksaan tiket bersama kakitangan FMLLP di pintu masuk. Jika ada mana-mana penyokong didapati menggunakan tiket palsu, kita akan siasat dari mana mereka dapatkan tiket itu," katanya.

Justeru itu, Shafien menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan supaya tidak membeli tiket palsu dari ulat tiket kerana mereka boleh berdepan tindakan undang-undang.

"Isu ulat tiket ini terjadi sebab ada pembeli kerana permintaan amat tinggi. Jadi saya menyeru penyokong jangan terlibat dengan jenayah pemalsuan tiket kerana anda tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang," katanya.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata pihaknya dengan kerjasama Ticket Hotline International Sdn Bhd sedang berusaha untuk mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan pada tiket perlawanan tersebut.

Bagaimanapun beliau berkata, isu ulat tiket ini hanya boleh dibanteras dengan bantuan penyokong bola sepak tanah air yang tidak menyokong kegiatan tersebut."Isu ini akan berterusan selagi ada permintaan. Jadi penyokong kena beri kerjasama, jika tak beli tiket, ulat-ulat tiket ini akan lumpuh dan kegiatan ini akan berjaya dikekang," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Ticket Hotline International Sdn Bhd, Zairil Ayu Ibrahim menegaskan tiket palsu dapat dikesan apabila logo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak boleh dilihat di bawah sinaran ultra violet (UV).

"Sinaran UV merupakan ciri-ciri keselamatan yang paling utama selain ada hologram. Tiket itu sebenarnya tak banyak beza berbanding tahun lepas cuma kita pertingkatkan ciri-ciri keselamatan dengan reka bentuk yang berbeza setiap tahun," katanya.

Zairil bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci mengenai ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan kerana bimbang boleh dieksploitasi sindiket pemalsuan tiket.

"Saya tak boleh dedahkan dengan lebih terperinci kerana kalau kita beritahu sekarang ada pihak cuba nak tiru reka bentuk itu. Kita perlu berwaspada kerana gelaja ini perlu dibanteras," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Kevin mengumumkan Stadium Shah Alam dipilih sebagai lokasi final Piala FA 2017 yang akan diadakan pada 20 Mei ini.

Beliau berkata walaupun terdapat cadangan untuk mengadakan final Piala FA di luar Lembah Klang, ia  dilihat tidak fleksibel selepas pihaknya mempertimbangkan beberapa faktor termasuk kemudahan yang ada di stadium tersebut.

"Permintaan untuk menyaksikan final Piala FA amat tinggi sekali pada setiap musim terutamanya seperti di Stadium Shah Alam sehingga mencecah 80,000 penyokong.

"Jadi cadangan untuk membawa perlawanan akhir Piala FA ke luar Lembah Klang bukanlah satu langkah terbaik," katanya.


Tags / Kata Kunci: FMLLP , PDRM , ulat tiket

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan