5 Pasukan Liat Bayar Gaji Pemain Didedahkan

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 1:36 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) akan menghantar surat kepada lima pasukan Liga Malaysia yang bakal berdepan pemotongan mata kerana masih gagal melunaskan gaji pemainnya pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam bagaimanapun enggan mendedahkan nama kelima-lima pasukan tersebut dan hanya akan berbuat demikian selepas surat dihantar secara rasmi pada Jumaat.

"Kita akan keluarkan surat berkaitan isu ini. Seperti saya katakan sebelum ini kita tak pernah umumkan nama pasukan yang terlibat. Oleh itu, tidak adil untuk kita umumkan selagi tindakan belum diambil.

"Jadi selepas surat dikeluarkan kepada pasukan terlibat esok, kita akan buat pengumuman rasmi mengenai isu itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat penyelarasan Jawatankuasa Pengelola Final Piala FA 2017 di sini Khamis.

Bagaimanapun, Kevin berkata kelima-lima pasukan itu boleh mengemukakan rayuan berhubung perkara itu.

"Sesiapa sahaja boleh merayu ke atas apa-apa tindakan yang boleh diambil. Tapi saya nak tanya rayuan itu atas apa? Masa dah diberi cukup panjang. Ini bukan isu gaji bulan lepas tapi isu pada tahun 2015 dan 2016," katanya.

Pada masa sama, Kevin berharap agar penyokong pasukan yang terlibat dapat menerima tindakan yang dikenakan oleh FMLLP dengan sewajarnya bagi meningkatkan mutu bola sepak negara.

"Saya rasa macam-macam kenyataan akan dibuat selepas ini, cacian dan makian akan dilemparkan terhadap FMLLP.

"Namun, saya minta penyokong supaya memahami kenapa tindakan itu perlu dilakukan. Saya harap agar tindakan itu dijadikan sebagai satu isu yang positif," katanya.

Tegas beliau, tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan kemelut tunggakan gaji dapat diselesaikan dengan segera.

"Saya rasa selagi sesuatu tidak dibuat dengan tegas maka kemelut bola sepak yang kita hadapi tidak akan selesai. Kita tak boleh terlibat dalam kemelut yang dihadapi selama bertahun-tahun, kita kena berubah," katanya.


Tags / Kata Kunci: FMLLP , tunggakan gaji

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan