Imigresen Setuju Mudahkan Urusan Pendaftaran Pemain, Pegawai Asing

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 7:09 PM

Mustafar (kiri) bersama Hamidin. Foto Facebook Jabatan Imigresen

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Masalah pendaftaran pegawai dan pemain asing ke kancah Liga Malaysia bakal berakhir apabila Football Malaysia Limited Liabity Partnership (FMLLP) dan Jabatan Imigresen mencapai persetujuan bagi mencari menyelesaikan isu tersebut.

FMLLP menerusi satu kenyataan rasmi pada Rabu berkata, satu pertemuan khas yang diadakan di Putrajaya dihadiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali dan Ketua Unit Pertandingan FMLLP, Mohd Shazli Shaik Mohd.

Jelas kenyataan itu, hasil pertemuan berkenaan, Jabatan Imigresen bersetuju untuk mengadakan sesi taklimat berkala kepada semua pasukan bertanding bagi memberi penerangan tentang prosedur standard proses (SOP) permohonan serta garis panduan yang perlu dipatuhi.

"FMLLP akan mengadakan satu taklimat khas dengan menjemput Ketua Pengarah Imigresen untuk bertemu dan menjelaskan kepada semua setiausaha pasukan yang menyertai Liga Malaysia.

"Taklimat itu sebagai usaha mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memudahkan proses pendaftaran atas talian yang diperkenalkan oleh Jabatan Imigresen," tambah kenyataan itu.

Bagaimanapun FMLLP masih belum menetapkan tarikh sesi taklimat terbabit.

Sementara itu, Mustafar Ali ketika dihubungi mStar Online berkata, setiap pegawai dan pemain asing dalam Liga Malaysia perlu mematuhi peraturan dan syarat kemasukan mereka sebagai ‘pegawai dagang’ atau ekspatriat di negara ini.

Katanya, antara permasalahan yang berlaku apabila terdapat perpindahan atau pertukaran ‘pegawai dagang’ dari satu pasukan ke pasukan yang lain.

“Apabila mereka bertukar ke pasukan yang lain, maka majikan mereka telah berubah. Dalam syarat-syarat pengambilan pekerja ‘pegawai dagang’, majikan yang sebenar perlu membuat permohonan.

“Dalam proses pertukaran majikan itu, perkara-perkara seperti pelepasan dari majikan lama kepada majikan baharu perlu ditentukan. Ia termasuk permohonan majikan baharu yang mahu mendapatkan khidmat mereka, semuanya perlu diselaraskan,” katanya.

Sehubungan itu, Mustafar berkata, Jabatan Imigresen akan membantu persatuan-persatuan bola sepak dalam menangani permasalahan berkaitan proses permohonan dan dokumentasi.

“Taklimat ini nanti akan memberi penjelasan dan penerangan kepada persatuan-persatuan bola sepak mengenai syarat-syarat dan pematuhan imigresen. 

“Kita sedang mencari masa yang sesuai untuk mengadakan taklimat ini,” katanya.

Tags / Kata Kunci: FMLLP , Imigresen , FAM , Liga Malaysia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan