Tiga Presiden Baharu Bakal Ubah Landskap Bola Sepak Asean

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 7:35 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John percaya pelantikan tiga presiden baru di rantau Asia Tenggara bakal mengubah landskap permainan bola sepak semasa.

Selain Thailand dan Indonesia, pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut menarik perhatian beliau.

Menurut Windsor, beliau gembira dengan semangat dan hasrat Tunku Mahkota yang mahu menyaksikan Malaysia bersaing di pentas Piala Dunia 2026.

"Ia merupakan satu semangat yang tinggi, di mana memerlukan penuh keyakinan untuk sampai ke tahap tersebut," jelasnya yang dipetik dilaman rasmi Johor Southern Tigers pada Selasa.

Tunku Ismail yang terpilih menduduki kerusi nombor satu bola sepak negara ini bulan lalu meletakkan sasaran untuk layak ke aksi Piala Dunia 2026 dalam senarai perancangan jangka panjangnya.

Tunku Ismail sebelum ini menyatakan keyakinan beliau walaupun sasaran itu dianggap sesuatu yang sukar dicapai.

"Penyokong mahu kejayaan serta-merta, ini satu cabaran.

"Untuk ke Piala Dunia 2026, adalah sasaran jangka masa panjang. Kita perlu bekerja keras dari sekarang, ubah struktur pentadbiran, mentaliti dan pemikiran semua yang terlibat.

"Saya sudah beritahu kepada mereka (Exco FAM) mengenai (sasaran) Piala Dunia 2026, dan kita perlu lakukannya sekarang," katanya kepada Fourth Official.

Tags / Kata Kunci: Tunku Ismail , TMJ , Datuk Windsor John

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan