Tunku Ismail Ketuai Empat Jawatankuasa Tetap FAM

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 3:44 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengetuai empat jawatankuasa tetap badan induk bola sepak negara bagi penggal 2017-2021.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Selasa, senarai jawatankuasa tetap diputuskan selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM di Kota Kinabalu, Sabah 8 April lalu.

Empat jawatan yang diketuai Tunku Ismail sebagai pengerusi adalah Jawatankuasa Darurat, Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan, Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan serta Jawatankuasa Tiket dan Pintu.

Bagi Jawatankuasa Tiket dan Pintu, Tunku Ismail akan dibantu oleh Datuk Ismail Karim selaku Timbalan Presiden jawatankuasa ini.

Sementara itu, Hamidin turut mengumumkan nama pengerusi dan timbalan pengerusi bagi Jawatankuasa Undang-Undang dan Peraturan, Jawatankuasa Status yang tidak dinyatakan sebelum ini.

Turut diumumkan senarai nama bagi Jawatankuasa Undang-Undang dan Peraturan yang diketuai Datuk Baljit Singh Sidhu, dibantu Datuk Omar Aminuddin.

Manakala Jawatankuasa Status akan dipengerusikan oleh Mohd Joehari Mohd Ayob dan naib pengerusi, Supt Md Dali Wahid.

Satu lagi jawatan yang ditambah berbanding senarai awal Jawatankuasa Tetap FAM yang diumumkan sebelum ini adalah Jawatankuasa Pemasaran, dipengerusi Datuk Seri Subahan Kamal dan Christopher Raj sebagai timbalannya.

Senarai lengkap Jawatankuasa Tetap FAM bagi penggal  2017-2021:

1. Jawatankuasa Darurat 

Pengerusi:  Tunku Ismail Sultan Ibrahim

2. Jawatankuasa Kewangan & Pengurusan

Pengerusi: Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim

3. Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan 

Pengerusi: Tunku Ismail  Sultan Ibrahim

4. Jawatankuasa Tiket & Pintu

Pengerusi:  Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Timbalan Pengerusi: Datuk Ismail Karim

5. Jawatankuasa Pertandingan Tempatan

Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi

Timbalan Pengerusi: Mohd Firdaus Mohamed

6. Jawatankuasa Undang-Undang & Peraturan

Pengerusi: Datuk Baljit Singh Sidhu

Timbalan Pengerusi: Datuk Aminuddin Omar

7. Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa

Pengerusi: Mohd Joehari Mohd Ayob

Timbalan Pengerusi: Datuk S Sivasundaram

8. Jawatankuasa Pengadil

Pengerusi: Subkhiddin Haji Mohd Salleh

Timbalan Pengerusi: Datuk Aminuddin Omar

9. Jawatankuasa Audit Dalam

Pengerusi: Datuk  Haji Ismail Karim

Timbalan Pengerusi: Shafizah Umamah Abdul Mutalib

10. Jawatankuasa Bola Sepak Wanita

Pengerusi: Datuk Suraya Yaacob

Timbalan Pengerusi: Shafizah Umamah Abdul Mutalib

11. Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan Bola Sepak Belia

Pengerusi: Datuk Sri Subahan Kamal

Timbalan Pengerusi: Datuk Jefferey Low Han Chau

12. Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai

Pengerusi: Datuk Rosmadi Ismail

Timbalan Pengerusi: Supt Md Dali Wahid

13. Jawatankuasa Perubatan Sukan

Pengerusi: Datuk Ab. Ghani Hassan

Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

14. Jawatankuasa Status

Pengerusi: Mohd Joehari Mohd Ayob

Timbalan Pengerusi: Supt Md Dali Wahid

15. Jawatankuasa Media & Perhubungan Awam

Pengerusi: Christopher Raj Aralanthu

Timbalan Pengerusi: Datuk Suraya Yaacob

16. Jawatankuasa Keselamatan

Pengerusi: Datuk Sri Muhammad Sabtu Osman

Timbalan Pengerusi: Sac Datuk Azisman Alias

17. Jawatankuasa Integriti

Pengerusi: Tan Sri Datuk Sri Dr Aseh Haji Che Mat

Timbalan Pengerusi: Datuk Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff

18. Jawatankuasa Pemasaran

Pengerusi: Datuk Sri Subahan Kamal

Timbalan Pengerusi: Christopher Raj Aralanthu


Jawatankuasa Badan Kehakiman Fam

1. Jawatankuasa Tatatertib

Pengerusi: Datuk Baljit Singh Sidhu

Timbalan Pengerusi: Datuk Dr Abd Shukor Ahmad

2. Jawatankuasa Rayuan

Pengerusi: Datuk Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff 

Timbalan Pengerusi: Cp Mahendran


Pelesenan Kelab

1. First Instance Body Pengerusi: Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif

2. Badan Rayuan Pengerusi: Dr Wirdati Mohd Radzi


Pengurus-pengurus pasukan kebangsaaan:

Bola sepak Bawah 22  - Datuk Mohd Yusoff Mahadi

Futsal lelaki – Datuk Rosmadi Ismail

Bola Sepak Wanita – Datuk Suraya Yaacob

Pasukan Futsal wanita – Shafizah Umamah Abdul Mutalib

Tags / Kata Kunci: Senarai jawatankuasa tetap FAM

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan