SPRM Agresif Siasat Industri Bola Sepak Negara

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 3:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi amaran akan terus bertindak agresif memerangi rasuah melibatkan semua pihak dalam industri bola sepak negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, kegiatan rasuah dalam sukan yang belum mencapai tahap serius bukan faktor untuk pihaknya tidak terus bertindak bagi menanganinya.

"Saya sudah arahkan pegawai-pegawai, sekiranya maklumat atau aduan yang diterima itu ada menunjukkan 'prima facie' yang boleh menjalankan tindakan...tindakan keras akan diambil.

"Kita mesti memastikan kecemerlangan sukan di negara ini tercapai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program 'Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah Sukan Pemimpin-Pemimpin Badan Sukan Kebangsaan' di Institut Sukan Negara di sini, Selasa.

Program itu dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sejak kebelakangan ini, isu rasuah hangat diperkatakan dalam sukan bola sepak apabila beberapa pemain dan 'bookie' ditahan bagi membantu siasatan dalam kes mengatur perlawanan Liga Perdana.

Seorang 'bookie' berusia 49 tahun ditahan bersama tiga pemain bola sepak kelab Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA), bagi membantu siasatan kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana.

Tiga pemain 26 hingga 29 tahun termasuk seorang pemain import sebelum ini turut direman tujuh hari bermula 6 April lalu bagi membantu siasatan mengambil suapan daripada bookie berkenaan tetapi sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Difahamkan, bookie berkenaan menawarkan RM10,000 hingga RM30,00 kepada pemain MISC-MIFA sebagai habuan bagi menentukan keputusan perlawanan.

Azam bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai lebih banyak tangkapan akan dibuat berhubung kes rasuah bola sepak.

Katanya, penglibatan pemimpin badan sukan kebangsaan  menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) adalah langkah pencegahan menangani kes rasuah dalam sukan di negara ini.

"Kalau melibatkan organisasi sukan, (rasuah) tidaklah begitu serius, masih lagi terkawal. 

"Tetapi dengan usaha kita mendatangani Ikrar Bebas Rasuah, ada usaha untuk kita mencegah sebelum ia berlaku dengan lebih teruk," kata Azam.

Ditanya mengenai sejauh mana serius kes rasuah pemain bola sepak jika dibandingkan dengan ketirisan pegawai pengurusan dalam organisasi sukan yang sering berlaku, Azam berkata, ia sukar dibuat perbandingan.

"Rasuah yang berlaku dalam persatuan bola sepak melibatkan pemain-pemain mungkin kerana mereka ramai. Sebab itu sukan yang popular ini menjadi tumpuan.

"Tetapi isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pegawai pengurusan di organisasi sukan di negara ini tidak boleh dipandang ringan. Jadi, jangan buat spekulasi untuk dibandingkan," tegas Azam.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Azam Baki , Khairy

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan