Kelayakan AFC: Skuad B-15 Tahun PPBN Ke Itali

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 6:10 PM

Teong Kim (berdiri) bersama pemain-pemainnya selepas perlawanan persahabatan pada Siri Jelajah Eropah sebelum ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad Bawah 15 Tahun (B-15) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang bakal berangkat ke Itali hujung minggu ini sebagai persediaan antarabangsa terakhir sebelum mengharungi Kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 16 Tahun, September ini.

Pengarah Program PPBN, Lim Teong Kim berkata, seramai 20 orang pemain dipilih menyertai  Kejohanan Jemputan Torneo Delle Nazzioni di Gradisca, Itali bermula 24 April ini.

"Senarai pemain yang dipilih berdasarkan prestasi semasa ketika sesi latihan ataupun beberapa kejohanan tempatan yang berlangsung sebelum ini. Namun ianya bukan senarai akhir untuk kejohanan pada September ini.

"Apa yang penting, mereka ke Itali bukan sekadar memnatapkan lagi corak permainan masing-masing namun paling penting skuad ini bakal berdepan dengan pasukan-pasukan remaja antarabangsa lain yang lebih hebat.

"Skuad negara diundi berada bersama pasukan Mexico, Croatia serta Austria," jelasnya kepada mStar Online pada Selasa.

Jelas Teong Kim, secara keseluruhannya skuad B-15 Tahun negara kini berada dalam prestasi baik selepas mengharungi beberapa perlawanan liga sekolah sukan sebelum ini.

"Baru-baru ini mereka turut menyertai kejohanan empat penjuru di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dan keputusan prestasi yang positif.

"Mereka menggunakan segala teori dan praktikal dengan sebaiknya dan saya berharap pemain-pemain yang pergi ke Itali nanti akan mempamerkan corak permainan yang lebih cemerlang.

"Seperti yang saya selalu tekankan, permainan yang baik bukan semestinya daripada hasil kemenangan tetapi keputusan ketika bermain adalah lebih penting.

"Jesteru itu, kejohanan di Gradisca minggu depan adalah yang terbesar tahun ini sebelum berdepan dengan perlawanan kelayakan dalam tempoh lima bulan lagi," tambah Teong Kim.

Kejohanan kelayakan yang berlangsung pada 16 September hingga 24 September 2017 bakal menyaksikan empat pasukan terakhir layak secara automatik ke Piala Dunia B-17 2019.

Tags / Kata Kunci: PPBN , Lim Teong Kim , Bawah 15

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan