Masa Depan Wenger Diketahui Bulan Depan - Bola Sepak | mStar

Masa Depan Wenger Diketahui Bulan Depan

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Masa depan Arsenal Wenger akan ditentukan pada bulan depan berdasarkan keputusan perbincangan pihak pengurusan kelab Arsenal susulan prestasi hambar The Gunners pada musim ini.

Wenger masih belum menyatakan pendirian kepada pihak lembaga kelab itu sama ada dia mahu kekal mengendalikan Arsenal tetapi tekanan daripada penyokong yang mahu dia meninggalkan pasukan tersebut semakin meningkat.

Arsenal dibimbing oleh Wenger selama 21 tahun bermula 1996 tetapi kelab London itu berada dalam kedudukan bahaya tidak layak ke Liga Juara-Juara pada musim depan buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

Kekalahan kepada Crystal Palace dan West Brom pada awal bulan ini ternyata menjejaskan peluang Arsenal untuk menempah slot Liga Juara-Juara dan bantahan terhadap pengurus kelahiran Perancis itu juga meningkat sejak kekalahan memalukan kepada Bayern Munich pada bulan lalu.

Menurut laporan Sky Sports, satu mesyuarat rutin pihak lembaga kelab pada bulan depan akan membincangkan masa depan Wenger, sekali gus memaksa penyokong pasukan itu terpaksa bersabar sehingga hujung musim untuk mengetahui nasib yang menanti pengurus tersebut.

Pemegang majoriti saham, Stan Kroenke dan ketua ekskutif, Ivan Gazidis akan menghadiri mesyuarat tersebut dan isu membabitkan masa depan Wenger akan diberi keutamaan.

Wenger dipercayai mahu terus bersama Arsenal dan sedia menandatangani kontrak selama dua tahun yang ditawarkan kepadanya.

Namun pengerusi kelab, Chips Keswick baru-baru ini menafikan dakwaan tawaran lanjutan kontrak kepada Wenger dan menyifatkan perubahan bakal berlaku ekoran kedudukan pasukan pada musim ini.

Arsenal kini menduduki tangga keenam liga, dipisahkan tujuh mata di belakang Manchester City yang berada di tangga keempat liga dengan kelebihan satu perlawanan.

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan