Jurgen Klopp Akan Bersara Di Anfield Selepas Menang Piala

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 12:38 PM

Jurgen Klopp

(Ubah saiz teks)

JURGEN KLOPP mengakui akan bersara daripada arena bola sepak di Anfiled, tetapi dengan syarat selepas kelab berkenaan berjaya bergelar juara Liga Perdana Inggeris.

Jurulatih itu akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-50 pada Jun ini manakala kontraknya akan tamat pada tahun 2022 ketika berusia 55 tahun.

Berikutan, Klopp mempunyai lima tahun lagi untuk memastikan Liverpool menjuarai liga selepas gagal sejak 27 tahun lalu.

"Saya tidak akan tukar 10 pasukan berlainan apabila karier saya di sini berakhir.

"Saya mahu memberi perhatian dan membawa kejayaan kepada kelab yang saya berkhidmat," katanya.

Klopp sebelum ini pernah mengakui akan bersara pada umur 60 tahun, namun dia telah ditawarkan kontrak bersama Liverpool sehingga berusia 55 tahun.

Bagaimanapun, dia masih bergelut untuk mengakhiri penantian penyokong Liverpool selama 27 tahun yang masih berpegang teguh dengan slogan "tahun depan adalah tahun kami".

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan