Brighton Catat Sejarah Beraksi Di Liga Perdana Inggeris

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 8:01 AM

Para penyokong Brighton and Hove Albion meraikan kejayaan pasukan itu beraksi di Liga Perdana Inggeris musim depan selepas menewaskan Wigan Athletic 2-1 di Amex Stadium, awal pagi Selasa. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

BRIGHTON & Hove Albion berjaya menempah tempat beraksi dalam Liga Perdana Inggeris musim depan dan kini unggul tujuh mata di atas Newcastle di puncak Kejuaraan.

Kemenangan 2-1 ke atas Wigan Athletic di Amex Stadium, awal pagi Selasa sekali gus mengunci prestasi tersebut.

The Seagulls kali terakhir naik ke kasta teratas bola sepak Inggeris pada musim 1982/83.

Ini bermakna, ini adalah kali pertama Brighton memasuki Liga Perdana Inggeris yang diperkenalkan pada 1992.

Brighton memastikan posisi kukuh dalam dua pasukan teratas Kejuaraan, berkat bantuan Derby County yang mencatat keputusan seri  1-1 ketika menentang Huddersfield.


Tags / Kata Kunci: Brighton , Liga Perdana Inggeris , Kejuaraan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan