Peluang Chelsea Menang 50-50

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 6:37 PM

Antonio Conte.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Chelsea Antonio Conte menyifatkan peluang untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini 50-50 selepas tewas 0-2 kepada Manchester United di Old Trafford malam Ahad.

Chelsea mendahului dengan 10 mata pada awal bulan ini tetapi kini hanya kelebihan empat mata di depan Tottenham dengan baki enam perlawanan sahaja lagi.

"Kami tidak bermain dengan bagus dan United berhak menang. Mereka menunjukkan keinginan yang tinggi untuk menang.

"Ia amat mudah tetapi dalam kes ini, pengurus akan dipersalahkan. Ini bermaksud pengurus gagal menterjemahkan fokus yang betul, keinginan dan cita-cita untuk memenangi perlawanan ini.

"Kita perlu fikir mengenai enam baki perlawanan yang perlu diharungi. Liga masih terbuka dan kita ada peluang sekitar 50 peratus untuk menang," kata Conte.

Fokus Conte kini tertumpu kepada aksi Piala FA tetapi mereka akan bertemu Tottenham Hotspur pada aksi separuh akhir di Wembley Sabtu depan.

"Agak sukar untuk menang ke atas Spurs kerana mereka pasukan terbaik. Malah pemain mereka berada pada prestasi menakjubkan dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Mereka merasakan ada peluang untuk cipta sejarah," katanya.

Conte yang pernah mengemudi Juventus memenangi trofi Serie A sebanyak tiga kali mengakui tidak tertekan untuk membantu Chelsea memenangi trofi liga musim ini.

"Tekanan itu biasa. Saya lebih suka bermain untuk menang berbanding 'jangan berjuang untuk trofi dan kekal tenang'. Kami bertuah kerana adanya tekanan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan