Depay Diserang Samseng Bola Sepak

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 10:55 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS bintang Manchester United, Memphis Depay bersama beberapa rakan sepasukannya di Lyon, diserang dengan ganas oleh penyokong kelab kerdil, Bastia ketika sesi memanaskan badan pada Ahad.

Menurut laporan portal The Sun.uk, rakaman video menunjukkan Depay bertengkar dengan sekumpulan penyokong fanatik Bastia sebelum sekumpulan peminat kelab itu menyerbu masuk ke padang dan menyerang pemain Lyon.

Satu lagi rakaman menunjukkan staf stadium Bastia menyerang pemain pertahanan Lyon, Mouctar Diakhaby.

Punca kumpulan penyokong itu menyerbu masuk ke padang tidak diketahui tetapi pemain Belanda tersebut mendakwa dia diprovokasi ketika sesi memanaskan badan.

Insiden itu pada mulanya menyebabkan Depay dan rakan sepasukannya enggan meneruskan perlawanan tetapi aksi dimulakan apabila pihak keselamatan berjaya mengawal keadaan.

Namun perlawanan itu sekali lagi terganggu pada separuh masa pertama selepas seorang penyokong menceroboh masuk ke padang dengan cuba menyerang penjaga gol Lyon, Anthony Lopes.

Ekoran itu, perlawanan terbabit dibatalkan atas faktor keselamatan.

Kejadian itu merupakan yang kedua dalam tempoh empat hari membabitkan pasukan Lyon dengan insiden keganasan penyokong dan pencerobohan padang.

Pada Khamis lalu, penyokong Lyon melarikan diri ke padang selepas penyokong lawan, Besiktas melemparkan suar dalam pertemuan suku akhir Liga Eropah.

Insiden tersebut disiasat oleh Uefa dan kedua-dua kelab berdepan tindakan disiplin jika didapati bersalah.

Tags / Kata Kunci: Memphis Depay , Lyon

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan