FAM Bincang Isu Pelepasan Pemain Minggu Depan

Diterbitkan: Sabtu, 15 April 2017 7:00 AM

Hamidin Mohd Amin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarat minggu depan, bagi mencari penyelesaian berhubung isu pelepasan pemain untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pertemuan dengan semua anggota gabungan dan pasukan bertanding dalam Liga Malaysia (Liga-M) itu  berikutan skuad negara akan menghadapi dua kejohanan utama tahun ini.

Dua saingan berkenaan adalah Kejohanan Kelayakan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) Bawah 23 Tahun (B-23) 2018 dan Sukan SEA ke-29.Hamidin berkata mesyuarat berkenaan diadakan selepas mendapat perkenan daripada Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Memandangkan pertandingan ini bukan dalam kalendar FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), setiap pasukan berhak untuk tidak melepaskan pemain mereka bagi kejohanan tersebut.

"Tetapi, jika kesemua pasukan tidak mahu melepaskan pemain terpilih menyertai kejohanan ini, jangan nanti ada yang menuding jari kerana pasukan kebangsaan dan B-23 tidak mencapai keputusan positif dalam kejohanan tersebut," katanya dalam entri terkini di laman rasmi Facebook FAM pada Jumaat.

Hamidin berkata sekiranya mahukan keputusan positif, semua pihak perlu memberi kerjasama dengan melepaskan pemain yang telah dipilih menjalani latihan pusat.

"Jadi, keputusan terletak di tangan anda selaku anggota gabungan dan penyokong," katanya.

Pada Khamis, Pengurus Pasukan B-23 negara Datuk Yusoff Mahadi berkata FAM mungkin menangguhkan beberapa perlawanan Liga-M pada Julai dan Ogos ini, jika pasukan dan kelab masih enggan melepaskan pemain bawah 23 tahun kebangsaan.

Ini berikutan, beberapa pasukan dan kelab Liga-M tidak rela melepaskan pemain mereka bagi membuat persediaan untuk kedua-dua kejohanan berkenaan.

Skuad B-23 dijangka mengadakan latihan sebulan di luar negara pada Ramadan ini, sebagai persediaan menghadapi aksi Kejohanan Kelayakan AFC B-23 bermula 19 hingga 23 Julai di Bangkok, dan Sukan SEA Kuala Lumpur dari 15 hingga 30 Ogos.

Bagi Kejohanan Kelayakan AFC B-23, Malaysia diundi dalam Kumpulan H bersama-sama tuan rumah Thailand, Indonesia dan Mongolia untuk merebut slot ke pusingan akhir kejohanan di China dari 9 hingga 27 Januari tahun depan.

Malaysia perlu menampilkan prestasi memberangsangkan ke atas kedua-dua jaguh Asia Tenggara itu, kerana hanya 16 dari 40 pasukan akan layak ke pusingan akhir, melibatkan 10 juara kumpulan dan lima naib juara terbaik, serta tuan rumah China. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAM , Hamidin Mohd Amin

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan