Diego Costa Akhirnya Buka Mulut

Diterbitkan: Sabtu, 15 April 2017 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

MENJELANG pertemuan getir antara Manchester United dan Chelsea pada Ahad, penggempur gol utama The Blues, Diego Costa akhirnya membuka mulut tentang konflik yang melanda antara dirinya dan pengurus Red Devils ketika mereka bekerjasama di London.

Costa dilaporkan bertengkar dengan Jose Mourinho pada musim lalu yang menyaksikan pengurus kelahiran Portugal itu dipecat sebagai bos Chelsea walaupun memenangi gelaran juara liga beberapa bulan sebelumnya.

1Malah laporan media tempatan ketika itu mendakwa kedua-dua watak penting Chelsea tersebut langsung tidak boleh bersemuka.

Namun Costa akhirnya tampil mendedahkan situasi yang berlaku antara mereka berdua dengan berkata, dia mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap pengurus baharu Manchester United itu dan Mourinho memainkan peranan penting untuk mencorakkan dirinya sebagai pemain yang baik.

"Secara jujurnya, saya sentiasa memberitahu ramai pihak bahawa saya bersyukur kepada Mourinho kerana dia banyak membantu saya.

"Sebagai pemain, jika mahu meningkatkan keupayaan diri, anda perlu mencari jurulatih yang terbaik dan Mourinho antara golongan tersebut.

"Saya datang ke Chelsea kerana Mourinho. Apabila mempertimbangkan tawaran Chelsea, saya memikirkan faktor Mourinho.

"Dia merupakan jurulatih yang sering ketagih kudrat pemain. Dia mahukan persembahan maksimum," katanya ketika diwawancara bersama legenda Arsenal, Thierry Henry untuk portal sukan Sky Sports.

Ditanya tentang konflik yang berlaku antara dia dan Mourinho pada musim lalu, Costa mengambil pendirian untuk tidak mendedahkan lebih lanjut tentang perkara itu.

"Perkara ini berlaku dalam bola sepak.

"Dia banyak membantu saya dan perkara (konflik) ini berlaku musim berikutnya. Yang penting, Mourinho banyak membantu saya meningkatkan kualiti permainan," katanya.

Costa hanya menjaringkan 12 gol pada musim lalu yang menyaksikan Chelsea menamatkan saingan liga di tempat ke-10.

Di bawah kendalian pengurus baharu, Antonio Conte, penyerang Sepanyol itu sudah menjaringkan 17 gol dan membantu Chelsea mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga.

Pertembungan pada Ahad baka menyaksikan Conte mahu memastikan gelaran liga menjadi milik Chelsea dengan kemenangan ke atas United manakala Mourinho mahu mengambil kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk mencari tiga mata penuh bagi menghidupkan peluang ke Liga Juara-Juara pada musim depan.

Tags / Kata Kunci: Diego Costa , Jose Mourinho

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan