Dollah Mahu Tok Gajah Kekal Momentum Kemenangan

Diterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Skuad Tok Gajah ditagih supaya mengekalkan momentum kemenangan yang dicapai dalam tiga perlawanan sebelum ini, apabila bertemu Selangor pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini, Sabtu.

Ketua jurulatih Pahang Dollah Salleh berkata Selangor merupakan musuh tradisi Pahang, dan perlawanan itu menuntut kesemua pemain bekerja keras untuk memastikan pasukan terus berada dalam kelompok teratas liga.

"Malah, tidak kira bertemu pasukan mana sekalipun, kesemua pemain perlu fokus, mengekalkan prestasi dan mencatat kemenangan seperti ketika menundukkan Kelantan 2-1 di Kota Bharu pada 8 April lalu.

"Kita dapat lihat Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) sedang bersaing dengan kita, jadi saya berharap pemain dapat mengekalkan rentak kemenangan untuk kita terus berada di persada liga," katanya di sini pada Jumaat menurut laporan Bernama.

Dollah berkata setakat ini, kesemua pemainnya berada pada prestasi terbaik untuk diturunkan.

"Masalah saya sama seperti dulu, siapa yang akan disenaraikan dalam  kesebelasan utama kerana kesemua pemain menunjukkan prestasi yang baik.

"Apa pun saya akan pastikan kesebelasan terbaik akan diturunkan ketika menentang Selangor. Ini penting kerana fokus utama kita adalah untuk mencapai kemenangan dan berada di puncak liga," katanya.

Ditanya mengenai prestasi pemain import Pahang, Matheus Alves yang muncul  antara penjaring utama Pahang setakat ini, Dollah berkata beliau tidak peduli sesiapa pun yang akan menjaringkan gol.

"Namun, alangkah bagus kalau Alves dapat mengekalkan prestasinya itu...tetapi saya tidak boleh mengharapkan dia seorang sahaja. 

"Kalau boleh saya mahu semua pemain termasuk barisan pertahanan untuk menjaringkan gol," katanya.

Tags / Kata Kunci: Dollah Saleh , Pahang

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan