Rajagobal Akui Tidak Terima Sebarang Tawaran

Diterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengakui masih belum 'dilamar' Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) selepas dikaitkan untuk menggantikan pengendali skuad Helang Merah, Tan Cheng Hoe.

Rajagobal berkata, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang tawaran daripada juara Piala Malaysia 2017 itu.

"Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya juga tidak mengetahui siapa calon menggantikan tempat beliau (Cheng Hoe).

"Sehingga kini tiada apa-apa perkembangan berhubung perkara itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Cheng Hoe bakal meninggalkan Kedah selepas dipanggil oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk menggalas tugas sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan.

Dalam pada itu, Rajagobal turut menyatakan beliau tidak tahu mengenai spekulasi yang mengaitkan nama beliau sebagai antara calon menggantikan Cheng Hoe.

"Sejujurnya saya tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara itu.

"Saya tidak akan komen apa-apa sehingga saya yakin dengan khabar angin itu. 

"Kita tunggu dan lihat macam mana," katanya.

Tambahnya lagi, beliau memilih untuk kunci mulut dan hanya akan menyatakan perkembangan tentang perkara itu apabila tiba masa.

Khabar angin sebelum ini mendakwa tiga nama yang disebut-sebut menggantikan tempat pengendali skuad Hijau Kuning adalah bekas jurulatih, Ramon Marcote; bekas jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang dan Rajagobal.

Tags / Kata Kunci: Rajagobal , Lang Merah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan