Gelanggang Berkecuali Malaysia-Korea Utara Diketahui Isnin

Diterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 6:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan memutuskan gelanggang berkecuali untuk perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara pada Isnin ini.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul berkata Korea Utara gagal mengemukakan sebarang maklum balas walaupun tempoh berbuat demikian untuk memberi cadangan gelanggang berkecuali, tamat pada Jumaat.

"Kami akan umumkan Isnin ini selepas Korea Utara tidak memberi sebarang maklum balas. 

"Perlawanan ini hanya akan dilangsungkan di gelanggang berkecuali andai tiada perubahan dalam hubungan diplomatik antara kedua-dua negara menjelang 8 Mei, iaitu sebulan sebelum perlawanan itu dijangka diadakan," katanya kepada Bernama.

Windsor juga berkata perlawanan ini akan diadakan secara timbal balik jika hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara kembali seperti biasa.

Terdahulu, Korea Utara diberi tempoh sebulan oleh AFC untuk mencadangkan satu gelanggang berkecuali bagi perlawanan itu.

Skuad Malaysia yang sebelum ini dilatih Datuk Ong Kim Swee, dijadualkan menentang Korea Utara dalam perlawanan Kumpulan B kelayakan Piala Asia di Stadium Kim Il-sung di Pyongyang pada 28 Mac. 

Bagaimanapun, ketegangan politik berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb, menyebabkan kerajaan Malaysia melarang skuad itu beraksi di sana atas faktor keselamatan.

Berikutan itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengemukakan permohonan kepada AFC pada 13 Mac lepas, untuk mengadakan perlawanan tersebut di gelanggang berkecuali.

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaya , Korea Utara

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan