Tiada Lagi Alasan Tunggakan Gaji - TMJ

Diterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 3:23 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Pastikan tiada lagi tunggakan gaji pemain."

Demikian peringatan yang disuarakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas badan induk bola sepak itu mengeluarkan dana untuk membuat pembayaran kepada setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia.

Menerusi kenyataan rasmi yang disiarkan dalam laman Facebook FAM pada Jumaat, Tunku Ismail berkata, isu tunggakan gaji menjadi keutamaan beliau sebaik sahaja mengemudi persatuan tersebut pada 25 Mac lalu bagi memastikan setiap pasukan tidak dibebani hutang.

Jelas beliau, sepatutnya, FAM melangsaikan hutang persatuan kepada pasukan bertanding iaitu baki RM500,000 kepada pasukan Liga Super dan baki RM250,000 kepada pasukan Liga Perdana.

"Sebanyak RM9 juta telah dibayar oleh FAM kepada 24 pasukan terlibat walaupun FAM sendiri berdepan masalah kewangan.

"Pembayaran itu sekali gus melengkapkan wang insentif tahunan untuk diterima setiap pasukan bagi tahun 2017 ini iaitu sebanyak RM1 juta bagi (setiap) pasukan Liga Super dan RM500,000 bagi (setiap) pasukan Liga Perdana dengan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM18 juta," ujar beliau.

Beberapa pasukan Liga Malaysia sebelum ini dilanda kemelut kewangan sehingga menyaksikan gaji pemain tertunggak selama beberapa bulan, sekali gus menjadi isu berterusan yang gagal diselesaikan FAM sendiri sejak beberapa tahun lalu.

Namun sejak Tunku Ismail mengambil-alih tampuk pentadbiran FAM, beliau memandang serius isu tersebut dan sedia mengeluarkan dana sendiri untuk menyelesaikan kemelut terbabit.

Sehubungan itu, dalam kenyataan yang sama, Tunku Ismail turut menyarankan agar wang yang dibayar digunakan sebaik mungkin oleh setiap pasukan bagi melancarkan operasi pengurusan kelab.

Malah beliau memberi amaran bahawa tindakan lebih drastik akan dikenakan jika ada pasukan membangkitkan masalah tunggakan gaji pemain.

"Saya percaya, terdapat beberapa pemain pasukan yang masih menanti tunggakan gaji mereka dan saya berharap pihak yang berkenaan melangsaikan hutang tersebut dengan segera atau dikenakan tindakan seterusnya

"Saya tidak mahu mendengar alasan pasukan tidak membayar gaji pemain kerana FAM masih berhutang dengan mereka," kata beliau.

Tags / Kata Kunci: FAM , Tunku Ismail

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan