Tewas Kepada Atletico, Shakespeare Pertikai Keputusan Pengadil

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 7:30 AM

Griezmann (dua kanan) muncul penyelamat Atletico apabila sepakan penaltinya menggegar gawang Leicester.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Leicester City, Craig Shakespeare mempertikaikan keputusan pengadil Jonas Eriksson selepas gol penalti kontroversi Antoine Griezmann memberi kelebihan kepada Atletico Madrid pada aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara.

Sepakan penalti kontroversi penyerang berusia 26 tahun itu membolehkan Atletico menang 1-0 ke atas Leicester.

Penyerang Perancis itu dikasari pemain pertahanan Leicester Marc Albrighton pada babak pertama dan Eriksson menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah walaupun terjahan tersebut didakwa berlaku di luar kotak penalti.

Namun Shakespeare membantah keputusan itu dengan menegasakan pengadil melakukan kesilapan di Stadium Vicente Calderon.

"Ia satu kekecewaaan. Ia kunci utama dalam perlawanan itu. Keputusan pengadil amat mengecewakan. Dia perlu bertindak dengan wajar. Anda tidak boleh teragak-agak dalam soal itu. Pemain itu dilihat berada di luar kotak penalti.

"Pengadil mempunyai tugas yang berat. Anda tahu mengenainya. Namun ia adalah keputusan yang anda mahu perbetulkan," katanya.

Robert Huth menerima kad kuning ketiga dan akan terlepas aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara sekali gus meletakkan Leicester dalam krisis kepincangan di benteng pertahanan.

Kapten Wes Morgan pula terlepas lima perlawanan akibat kecederaan belakang manakala Yohan Benalouane satu-satunya pertahanan yang ada buat masa ini.

Namun Shakespeare yakin pasukan kendaliannya itu berupaya melayakkan diri ke aksi separuh akhir apabila melayan kunjungan Atletico di Stadium King Power dalam aksi timbal balik minggu depan.

"Saya fikir 1-0, kami akan merapatkan defisit gol itu. Kami datang ke sini untuk cuba mendapatkan gol di tempat lawan. Saya percaya kami ada rekod baik di King Power, dan peluang itu masih ada," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan